Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan membuka tirainya kurang dari 50 hari lagi, dan pastinya seluruh rakyat Malaysia sudah mengetahui sasaran skuad bola sepak bawah 22 tahun negara yang mahu menggapai emas dalam ibu segala pingat.
Dengan kurangnya masa pemain untuk bersama dalam menjalani persiapan pasukan, Dayang merasakan ada benarnya luahan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang meminta agar pasukan dalam Liga Malaysia memberi kerjasama melepaskan pemain mereka demi menjalankan tanggungjawab mewakili negara.
Dayang turut memahami tuntutan sesetengah pasukan yang tidak mahu melepaskan pemain atas alasan kecederaan yang menimpa pemain utama, ditambah pula komitmen untuk memenuhi jadual perlawanan Liga Malaysia dan juga Piala Malaysia.
Selain itu, ada di antara pemain yang terpilih mewakili skuad bawah 22 tahun negara telah menjadi kesebelasan utama di peringkat negeri dan kelab.
Namun, situasi ini seharusnya sudah boleh dijangka oleh setiap pengurusan pasukan memandangkan tarikh Sukan SEA berlangsung telah lama diketahui sejak dari tahun lalu lagi.
Pastinya jurulatih mahupun pengurus pasukan negeri dan kelab sedar akan keperluan melepaskan pemain andai mereka terpilih atas dasar mewakili negara. Jadi tiada sebab seperti kekurangan pemain atau apa juga alasan wajar diberikan jika tidak mahu melepaskan pemain.
Dayang turut simpati dengan Datuk Ong Kim Swee andai pemain yang dipilih tidak mendapat kebenaran pasukan yang diwakili untuk berlatih dan beraksi dengan skuad kebangsaan.
Sudah tentu segala perancangan yang dirancang perlu dirombak semula berdasarkan senarai pemain sedia ada selain tekanan daripada segi masa untuk persiapan pasukan.
Apa pun, segalanya terserah kepada pasukan negeri dan kelab. Terpulang juga kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri untuk mencari mekanisme terbaik agar situasi sama-sama menang mampu diterjemahkan demi kebaikan negara dan juga pasukan negeri dan kelab.