Persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi kejohanan Piala AFF pada kali ini begitu tersusun. Dengan kem bina semangat yang diatur di Port Dickson oleh pihak pengurusan skuad kebangsaan membawa petanda positif. Hubungan kekeluargaan dan keharmonian dapat dilihat dari senyuman yang terpancar dari wajah semua pemain-pemain dan pasukan kejurulatihan skuad kebangsaan.
Itu berhubung dengan persiapan skuad kebangsaan ke kejohanan AFF sementara ahli-ahli gabungan pula sibuk untuk mempersiapkan diri dalam menyenaraikan nama-nama siapakah yang layak untuk dicalonkan sebagai presiden badan induk bola sepak negara dan exco-exco.
Kita dapat lihat bagaimana perang saraf telah pun bermula, ia bermula apabila Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail mencadangkan siapa yang patut menduduki kerusi Presiden FAM dan ia disambut pula oleh bekas naib presiden FAM dengan cadangan beliau menamakan beberapa nama yang layak pada pandangan beliau.
Apa yang dinyatakan oleh bekas naib presiden itu amat mengejutkan kerana pada mata beliau nama calon dicadangkan oleh TMJ tidak layak kerana FAM ini sebuah persatuan dan bukan syarikat koporat. Apakah calon yang dicadangkan oleh beliau itu amat bersesuaian?. Sedangkan kita tahu dalam industri bola sepak kini ia merupakan satu perniagaan yang perlu diurus tadbir dengan baik kerana melalui strategik dan plan pemasaran sesuatu organisasi itu mampu untuk menjana pendapatan. Sementara nama yang dicalonkan oleh bekas naib presiden itu adalah orang-orang yang mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap negara.
Gunalah akal sebaik-baiknya ketika memberikan pandangan supaya ia tidak ditertawakan oleh peminat-peminat, ini kerana peminat-peminat sekarang bukan buta minda sebalik mempunyai akal yang begitu tajam dan mampu mencetuskan idea-idea yang bernas. Biarlah nama yang dicadangankan itu tidak membawa keuntungan kepada diri sendiri sebaliknya ia membawa kepada keuntungan kepada bola sepak negara. Janganlah sedap mulut dan syok sendiri serta pentingkan diri sendiri bila mengutarakan pendapat serta pandangan.
Rencana