Teka-teki siapakah bakal menjadi pengendali baru Chelsea akhirnya terjawab apabila pengumuman rasmi telah dibuat oleh The Blues dengan melantik bekas pemain, Frank Lampard, dengan kontrak tiga tahun.
Selepas pemergian Maurizio Sarri, yang melepaskan jawatan untuk menyertai Juventus, ditambah pula dengan penghijrahan tonggak utama, Eden Hazard, ke Real Madrid, Chelsea pula tidak dibenarkan membeli pemain baru sehingga Januari tahun depan akibat hukuman oleh FIFA , Lampard pasti mengerti laluan getir yang bakal ditempuhi.
Dengan cetek pengalaman selaku pengurus pasukan, dengan hanya membimbing Derby County yang tewas di peringkat play off kepada Aston Villa, ada sedikit kegusaran melihat Lampard menjadi pengurus di Stamford Bridge.
Ini kerana, umum pasti sudah mengetahui budaya di Chelsea dengan rekod jumlah pengurus yang disingkirkan atas ketidak tentuan prestasi, penulis gusar andai khidmat Lampard tidak kekal lama. Maklumlah, menang trofi pun tak tentu kekal sebagai pengurus musim hadapan. Pihak pengurusan terutama Roman Abramovich sudah tentu meletakkan KPI yang tinggi kepada Lampard, ataupun ia bakal dilonggarkan demi bekas pemain bertaraf lagenda di kelab tersebut?
Kemasukan Lampard pastinya sedikit mengubat duka peminat Chelsea kerana kelab itu dilarang membeli pemain baru sehingga Januari tahun hadapan, tetapi adanya aura Lampard itu sekurang-kurangnya mampu menaikkan moral pemain dan peminat di Stamford Bridge.
Diharapkan, Lampard yang mendapat kepercayaan penuh mampu mengemudi Chelsea ke tahap terbaik dan membawa kejayaan kepada pasukan itu. Jangan sampai terlipat, Lampard!