Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Rencana

Jangan bunuh Olimpik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tokyoo.jpg
Meskipun Sukan Olimpik yang dianjurkan setiap empat tahun adalah untuk atlit terbaik dunia berdiri megah di atas podium, falsafah temasya tersebut membawa erti lebih mendalam.

Semangat sebenar Olimpik buat atlit adalah untuk membentuk persefahaman, persahabatan dan kesaksamaan dalam bertanding.

Buat yang menyaksikan di luar gelanggang, temasya ini bertujuan untuk menjadi agen yang berupaya meyatupadukan masyarakat di seluruh dunia tanpa mengira latar belakang.

Akan tetapi pada pandangan saya, kejituan Sukan Olimpik ini semakin pudar di sebalik kecelaruan pemegang taruh untuk memutuskan siapakah sebenarnya yang terbaik.

Apakah perlu untuk merombak semula kelayakan ke temasya ini sesudah keputusan dibuat untuk meminda Olimpik Tokyo 2020 menjadi Tokyo 2021.

Adakah adil buat mereka yang sudah layak secara merit untuk kembali pada petak sifar begitu juga buat mereka yang melalui kelayakan tidak sempurna susulan wabak covid-19

Berat hari-hari yang mendatang sebenarnya buat badan induk sukan dunia dan Majlis Olimpik Antarabangsa, IOC serta tuan rumah, Jepun untuk mengutip serpihan temasya ini.

Sungguhpun begitu saya percaya ini adalah waktu untuk mereka semua berkerjasama lebih erat dan tidak sekadar berpeluk tubuh.

Kalau sukar mahu laksanakan keputusan, kembalilah kepada tiang penganjuran Sukan Olimpik, Kesaksamaan dan Keadilan.

Seperti obor Olimpik yang menyala hebat di Tokyo,begitulah juga harapan peminat sukan dunia.

Jangan bunuh Olimpik.

Advertisement

Must Watch Video