Daripada seorang pemain yang dianggap gagal memenuhi jangkaan reputasi di Santiago Bernabeu, James Rodriguez kini menjadi pujaan di kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.
Dia secara bersahaja melencongkan bola sepakan percuma pada masa kecederaan untuk Bayern 'membunuh' kebangkitan yang cuba dijana Bayer Leverkusen sebelum mereka meraih kemenangan 3-1, semalam.
Pujian yang dihamburkan terhadap ketua pasukan Colombia itu bukanlah semata-mata berdasarkan gol ketiganya dalam saingan Bundesliga musim ini, malah dia diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.
Pemain tengah yang senang disapa sebagai James itu turut menjadi arkitek kepada gol kedua yang disumbat oleh Franck Ribery.
Dua tahun kurang diberi perhatian di Real Madrid sejak Zinedine Zidane mengambil alih, James tidak rela hanya memanaskan bangku simpanan lalu seruan Carlo Ancelotti -- kedua-duanya pernah bekerjasama di Real Madrid -- pada awal musim ini pantas disambutnya dengan menandatangani kontrak pinjaman selama dua tahun.
Bahkan, pelantikan Jupp Heynckes memberikannya ruang untuk terus berkembang dan menjadi nadi kepada Bayern serta meninggalkan pencabar terdekat, Schalke 04, dengan jurang mata yang besar.
Semakin mendapat keyakinan, James sudah diturunkan sebanyak 10 kali musim ini sambil menghasilkan empat bantuan gol serta menggegar gawang sebanyak tiga kali.
Peratus kawalan bola pemain berusia 26 tahun itu adalah setinggi 89.9 peratus, ia satu fakta yang menggamit mana-mana jurulatih untuk mempercayai khidmatnya mengatur serangan dari bahagian tengah.
Maka, tidak hairanlah dengan prestasi merudum yang dilalui Real Madrid, kini timbul cadangan bahawa mereka bersedia mengaktifkan klausa untuk merekrutnya semula musim ini.