Skip to main content

Rencana

Jaguh kampung

lee-zii-jia.jpg
Sebaik sahaja Lee Zii Jia lambai selamat tinggal kepada saingan Terbuka Malaysia, terbit rasa suram yang sukar diterjemah.

Apatah lagi cabaran perseorangan lelaki berkubur selepas hanya PUSINGAN PERTAMA.

Hakikatnya sehingga hari ini, acara perseorangan lelaki diibaratkan sebagai disiplin keramat buat badminton Malaysia dan penyokongnya.

Biarpun ada 100 wakil negara yang bertarung dalam empat acara lain, nilainya tidak sama seperti melihat satu yang terunggul di tengah podium.

Dalam sejarah penganjuran Terbuka Malaysia sejak 1937, hanya sembilan pemain tempatan yang boleh berbangga dengan pencapaian memenangi gelaran perseorangan lelaki kejohanan ini.

Mereka adalah :-

1.Chong Ewe Beng
2.Yew Cheng Hoe
3.Billy Ng Seow Meng
4.Tan Aik Huang
5.Datuk Misbun Sidek
6.Rashid Sidek
7.Ong Ewe Hock
8.James Chua 
9.Datuk Lee Chong Wei

Memandangkan saingan Terbuka Malaysia ini bertaraf perdana di bawah Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF), maka mereka yang berada dalam kelompok 32 terbaik sahaja berhak untuk menjejak kaki dalam kejohanan ini

Buat Malaysia dalam saingan perseorangan lelaki, hanya Zii Jia dan Liew Daren pada waktu ini menepati piawaian untuk membawa nama Malaysia dalam pertembungan terbuka elit dunia.

2019, Malaysia terpaksa melihat wakil asing yang ditabalkan sebagai Juara Perseorangan Lelaki Terbuka Malaysia.

Saya percaya Zii Jia akan menjadikan kekecewaan ini sebagai kebangkitan peribadi dalam laluan untuk satu hari nanti memenuhi segala aspirasi pencinta badminton tanah air.

Dahulu kita berbangga dengan kejayaan Jaguh Kampung, Sekarang Jaguh Kampung pun tidak ada.
 

Advertisement

Must Watch Video