Skip to main content

Rencana

Jackie raja pecah rekod

jackie-wong_1.jpg
Kepuasan tidak terhingga terpancar pada wajah atlet negara apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan.

Ia rekod tertinggi di negara ini untuk semua jenis sukan dan selalunya, dipegang atlet bertaraf legenda.

Tetapi, apa pula perasaan anda jika 14 kali berjaya pecah rekod kebangsaan?

"Satu lagi kejayaan," ringkas komen jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong.

Dia pecah rekod kebangsaan kali ke-14 apabila melakukan 67.01 meter ketika raih tangga kelapan Kejohanan Asia 2019 di Doha, Qatar.

Jarak itu satu meter lebih baik berbanding rekod terdahulu yang juga miliknya.

"Saya gembira," katanya.

Kami ketawa memikirkan kejayaan besar yang disambut secara sederhana ini.

Realitinya, jarak itu hampir pasti mengesahkan pingat emas Sukan SEA Filipina, November depan selepas jaguh kelahiran Sarikei, Sarawak ini memecah rekod temasya ketika merangkul emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan catatan 65.90 meter.

Tetapi di pentas Asia, jarak itu tidak cukup untuk raih pingat malah di Sukan Asia 2018, ia hanya mampu bawa Jackie mengisi tangga keenam.

"Saya harap dapat jadi atlet baling tukul besi pertama negara melepasi jarak 70 meter. Kebanyakan atlet hebat menghampiri jarak 80 meter untuk raih pingat di pentas Asia," katanya.

Saya kagum dengan sikap Jackie. Walaupun berasal daripada keluarga berada (bapanya Ahli Undangan Negeri di Sarawak) tetapi dia sentiasa cuba memperbaiki prestasi.

Kepada atlet negara, Jackie contoh yang baik. 14 kali pecah rekod kebangsaan tetapi salam pun masih cium tangan. 



 

Advertisement

Must Watch Video