Saya gembira apabila Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sekurang-kurangnya sedia mempertimbangkan permohonan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menjulang Piala Liga Hoki Malaysia selepas aksi terakhir liga musim ini.
Pemenang sepatutnya mendapat hak mereka selepas melalui cabaran getir sepanjang musim 2020.
Jadi, tiada sebab KHM perlu menyimpan trofi dan menyerahkannya serentak selepas final Piala TNB, 22 Februari ini.
Pertama, promosi dan jenama hoki lebih meluas jika majlis penyampaian diadakan berasingan.
Perkara ini, komuniti bola sepak lebih cekap.
Mungkin KHM perlu belajar dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagaimana cara untuk mendapat kelebihan itu secara optimum.
Penaja juga pasti gembira.
Bukan saja untuk KHM, malah kepada semua pasukan bertanding. Perkara ini membabitkan faktor jenama - lebih banyak lebih baik.
Cuma, pasukan juga perlu serius.
Jaga nama baik hoki.
Apabila KHM sedia mempertimbangkan, maka bersiap-sedialah bawa penyokong.
Ingat, langkah pertama selalu penting.
Jangan sampai UniKL julang Piala Liga di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil yang lengang Ahad ini.
Tahniah UniKL.
Selamat berjaya KHM dan semua pasukan bertanding untuk Piala TNB 2020.