Skip to main content

Rencana

Isu politik semasa vs Piala Sumbangsih

piala-sumbangsih-jdt-kedah.jpg
Pejam celik pejam celik, saingan Liga Malaysia 2020 akhirnya akan disingkap secara rasmi pada Jumaat menerusi perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim dan Kedah.

Tahun ini, liga bermula agak lewat disebabkan beberapa perkara tertentu seperti pelaksanaan program kawalan ekonomi ECP daripada Malaysia Football League MFL kepada pasukan bertanding.

Punyalah lama tunggu, aksi pembuka tirai itu bagaimanapun tenggelam dengan kemelut politik semasa negara. Debaran dan kehangatan menjelang perlawanan itu kurang dirasai berbanding beberapa aksi terdahulu.

Dimana-mana sahaja, rumah, warung kopi dan pejabat, semuanya bercerita mengenai isu politik semasa berbanding cerita bola Malaysia!

Ini juga termasuk di laman media sosial, sama ada di Facebook, Instagram atau pun Twitter, topik politik lebih menarik perhatian netizen berbanding perlawanan bersejarah itu nanti.

Ia merupakan aksi sulung di Stadium Sultan Ibrahim sebagai gelanggang rasmi baru skuad Harimau Selatan selepas stadium kebanggaan terbaru rakyat Johor itu dirasmikan pada 22 Februari lalu.

Saya secara peribadi tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan di stadium yang dicanang antara bertaraf dunia apatah lagi membabitkan dua pasukan hebat seperi JDT dan Kedah.

Sudah pasti, skuad bimbingan Benjamin Mora mahu memastikan permulaan cemerlang di 'rumah baru' mereka juga sebagai langkah kanan untuk misi mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Namun, anak buah Aidil Sharin Sahak sudah tentu tidak akan berdiam dengan memberi laluan mudah kepada JDT berpesta awal sebaliknya tekad mencipta kejutan.

Mengenai taktikal perlawanan, saya enggan mengulas lanjut kerana saya percaya kedua-dua jurulatih sudah mempunyai ramuan terbaik untuk melunaskan misi masing-masing.

Cuma, apa yang saya harapkan agar apa pun keputusan mengenai politik semasa adalah yang terbaik untuk Malaysia!

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found