Saya kurang pasti ini kali berapa saya bertemu dengan Gavin Kyle Green, individu yang kini menjadi bualan orang-orang yang terlibat dalam sukan golf.
Kali terakhir saya menembualnya adalah ketika Kejohanan Sapura Kencana Klasik Kebangsaan tahun lalu, ketika itu dia beraksi hingga ke titisan peluh yang akhir (beraksi pada aksi yang ditentukan hingga ke play off) untuk tewaskan rakan senegara, Ben Leong. Dia gembira bawa pulang wang kemenangan RM 22 ribu dan slot untuk bermain dalam Klasik CIMB 2016.
Hampir setahun juga jika dikenang kembali memori itu. Golf bukanlah satu sukan yang saya minat bila menceburi bidang kewartawanan sukan, oh sungguh membosankan dan bersifat borjuis elitis.
Kejohanan golf pertama yang saya buat liputan adalah Kejohanan Maybank 2016 pada Februari.
Dari situ saya kenal jargon seperti Hole in One, Eagle, Birdie dan Bogey, hasil ajaran penerbit saya, Lukman Salleh. Syukur ia membuatkan saya rasa bijak seketika apabila mengetahui terma ini untuk saya gunakan di lapangan golf. Ia tidak serumit seperti yang disangka, sungguh!
Berbalik kepada Gavin, anak muda berusia 23 tahun ini kini menjadi antara tumpuan dalam sukan golf tempatan. Banyak pencapaian yang telah dilakar ketika melanjutkan pengajian di bumi Amerika dan hujung minggu depan dia bakal membuat penampilan keempatnya dalam saingan bertaraf Jelajah PGA, Klasik CIMB 2017.
Perbualan hampir setengah jam itu banyak berkisarkan tentang perjalanan hidup Gavin, dari mana dia belajar bermain golf, bagaimana dia mendapat parut di bahagian hidungnya dan juga matlamat yang mahu dicapai dalam hidupnya. Dia minat Tiger Woods kalau pembaca ingin tahu. Dan dia juga peminat Manchester United!
Sempat juga Gavin kongsikan beberapa perkara, antaranya dia bakal menggunakan khidmat bapanya, Gary Green sebagai kedi. Bagi Gavin dia menitikberatkan siapa yang akan bersama-samanya sepanjang membuat pukulan sepanjang 18 Lubang di lapangan.
Tugas hakiki seorang kedi bukanlah membawa beg kayu golf dan mencucinya sekali sekala sementara menunggu pemain membuat pukulan, tapi turut bertanggungjawab memberi nasihat dan membaca line ( bagi melakukan put di dalam kawasan green), dan mampu hasilkan pukulan yang bagus.
Buat peminat golf, jangan lupa 12 Oktober ini, jumpa anda di TPC Kuala Lumpur !