Skip to main content

Badminton

Masters Orleans: Zii Jia tersingkir awal, tamparan menjelang Piala Thomas

Masters Orleans: Zii Jia tersingkir awal, tamparan menjelang Piala Thomas

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, menerima tamparan hebat menjelang saingan Piala Thomas selepas gagal melepasi pusingan kelayakan Masters Orleans di Perancis.

Zii Jia yang kini berada di ranking ke-86 dunia tersingkir di pusingan kelayakan kedua selepas tewas kepada pemain China, Dong Tianyao, 18-21, 14-21 dalam perlawanan yang berlangsung hanya 36 minit.

Advertisement

Sebelum itu, pemain berusia 27 tahun itu memulakan kempen dengan langkah positif apabila menewaskan wakil India, S. Sankar Muthusamy, 21-12, 21-18 dalam aksi kelayakan pertama.

Namun, kekalahan di peringkat seterusnya menyaksikan beliau gagal mara ke undian utama -- satu keputusan yang jarang berlaku buat bekas juara Seluruh England itu.

Keputusan ini menambah kebimbangan terhadap prestasi semasa Zii Jia yang dilihat masih bergelut untuk mendapatkan rentak terbaik di pentas antarabangsa.

Ia juga hadir selepas beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam kejohanan sebelum ini, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kecergasan dan konsistensinya.

Lebih membimbangkan, kegagalan ini hadir hanya beberapa minggu sebelum Piala Thomas yang akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei.

Prestasi semasa Zii Jia kini menjadi perhatian utama, memandangkan dia dijangka memainkan peranan penting dalam cabaran Malaysia di kejohanan berpasukan paling berprestij itu.

Jika tidak segera bangkit, situasi ini boleh memberi kesan besar kepada peluang Malaysia untuk mencipta kejayaan di pentas dunia.

Must Watch Video