Berada di puncak liga ketika ini, dengan hanya berbaki lima perlawanan, pasukan Sabah kini bukan saja semakin menghampiri sasaran awal untuk beraksi dalam Liga Super musim depan, malah berada di landasan terbaik untuk mengucup serta menjulang trofi Liga Perdana musim ini.
Sebelum saingan Liga Malaysia bermula, skuad Tambadau itu menghadapi pelbagai rintangan, terutama berkaitan kewangan, sehingga mereka hampir dipinggirkan daripada kancah bola sepak negara.
Bagaimanapun, kehadiran pengurusan baru selepas perubahan landskap politik di Sabah telah banyak memberi kesan positif kepada perkembangan pasukan dan tidak dinafikan pencapaian baik mereka ketika ini adalah berkat usaha keras semua pihak -- daripada pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi dan tidak dilupakan, penyokong setia mereka.
Jika dilihat prestasi dan kedudukan semasa skuad Sabah ketika ini, tidak mustahil tahun ini akan menjadi musim yang gemilang buat mereka selepas kali terakhir menjulang trofi liga utama negara pada 1996 (sebelum Liga Super diperkenalkan).
Suatu ketika dulu juga, sebelum Sabah 'terkurung' dalam liga divisyen dua negara, mereka adalah pasukan yang sentiasa mencuri perhatian apabila pernah menjulang Piala FA pada 1995 selain tiga kali muncul sebagai naib juara iaitu pada 1993, 1994 dan 1998.
Dalam sejarah Piala Malaysia pula, walaupun tidak pernah dinobat sebagai juara, skuad Negeri Di Bawah Bayu itu tiga kali berjaya mara ke final, iaitu pada 1996, 2002 serta 2003, namun kesemuanya dikecewakan oleh Selangor.
Segala imbauan semula itu membuktikan betapa Sabah sebelum ini adalah antara pasukan yang digeruni, namun telah 'tertidur panjang' sehinggalah pada penghujung musim lalu apabila mereka berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia dan pada musim ini, mereka dilihat bangkit dengan lebih garang.
Tidak dinafikan juga, berlaku sedikit pergeseran di antara segelintir penyokong dengan pengurusan baru pada awal musim ini berikutan beberapa keputusan kurang popular yang dibuat kepimpinan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) dan yang paling terkesan adalah jumlah kehadiran penyokong ke Stadium Likas.
Namun, sampai bilakah pergeseran ini harus berlaku? Adakah prestasi baik pasukan ketika ini masih belum cukup untuk menambat hati penyokong untuk kembali menggegarkan Stadium Likas seperti sebelum ini?
Jika dilihat kepada prestasi dan kedudukan Sabah ketika ini, Stadium Likas sepatutnya bergema setiap kali berlangsungnya perlawanan di situ, namun apa yang berlaku jumlah kehadiran seakan-akan pasukan ini hanya 'team biasa-biasa' saja.
Musim ini Sabah bukan 'team biasa-biasa' bosku! Skuad Tambadau itu adalah pencabar utama kejuaraan Liga Perdana yang kini semakin sengit.
Ya, mungkin skuad kendalian Jelius Ating itu masih mampu memenangi perlawanan walaupun tanpa 'kebanjiran' penyokong, namun adalah lebih indah jika setiap kemenangan itu dikongsi bersama ribuan penyokong mereka.
Daripada baki lima perlawanan, Sabah masih memiliki dua perlawanan penting di gelanggang sendiri, termasuk perlawanan bertemu dengan pasukan jiran, Sarawak, malam esok.
Jika ada penyokong yang masih belum menjejakkan kaki ke Stadium Likas musim ini, yang masih memboikot, yang masih 'malas-malas', inilah masanya mereka melaungkan semula sokongan mereka.
Lupakan pergeseran lalu, pasukan Sabah memerlukan anda semua untuk menyelesaikan misi pasukan musim ini, tambahan pula Liga Super sudah semakin hampir, trofi Liga Perdana juga tidak begitu jauh.
Apa yang penting, skuad Tambadau itu perlu terus fokus dengan misi mereka dan pastinya bantuan penyokong sebagai pemain ke-12 sangat diperlukan di saat-saat genting ini.
Ayuh!