Skip to main content

Rencana

Ingatkan 'groin', rupanya kanser

zza-tina.jpg
Luluh hatinya apabila mendapat tahu menghidap kanser tulang tahap empat. Pertahanan PJ City, Tinagaran Baskeran akui tidak menyangka nasibnya sebegitu rupa ketika masih aktif bermain bola sepak tahun lalu.

Tinagaran yang mesra disapa Tina disahkan mengalami penyakit berkenaan pada November tahun lalu. Sebelum itu, Tina bermain bola seperti biasa termasuk ketika beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 22 tahun negara pada 15 November 2019.

Berkongsi cerita mengenai keadaannya ketika itu, Tina mendedahkan kesakitan yang dirasainya adalah di bahagian peha dan pada hematnya ia mungkin kerana dirinya mengalami kecederaan pangkal paha (groin). 

Namun, kesakitan itu adalah disebabkan kanser selepas melakukan pemeriksaan lanjut di sebuah hospital pakar. "Ketika menjalani imbasan, saya didapati mempunyai ketumbuhan." reaksi Tina dalam keadaan tidak bermaya ketika ditemui di hospital.

Tina mungkin kurang dikenali oleh peminat bola sepak tempatan tetapi anak jati Pulau Pinang itu sudah mewarnai kancah Liga Malaysia selama 9 tahun iaitu sejak 2011. Pemain berasal dari Seberang Perai Utara ini bagaimanapun tidak dapat meneruskan kariernya kerana penyakit berkenaan.

Sehubungan dengan penyakit dialaminya, Tina sedang menjalani proses kimoterapi keempat di Penang Adventist Hospital, kos rawatan yang dikeluarkan mencecah RM 100,000.

Namun, kos bagi pembedahan selepas rawatan kimoterapi keenam mencecah RM80,000 dan baki lapan rawatan kimoterapi berjumlah RM107,000.

Tina yang mempunyai seorang anak berusia setahun kini memerlukan RM200,000 lagi untuk menampung kos pembedahan dan rawatan susulan. Dengan isterinya tidak berkerja, mana mungkin dia dapat berbuat demikian.
Jadi, saya yang berkesempatan melawat Tina baru-baru ini menyeru kepada semua warganegara yang perihatin supaya membantu Tinagaran menerusi kutipan derma melalui nombor akaun RHB 26403000007880.

Sejajar dengan kempen daripada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia PFAM iaitu 'Pray for Tinagaran', bersama ringankan beban. Harap dipermudahkan segala urusan.

Get well soon Tina!

Advertisement

Must Watch Video