India kini mendominasi skuasy Asia.
Saurav Ghosal, pemain nombor 10 dunia, mencatat sejarah sebagai pemain lelaki India pertama merangkul kejuaraan dalam Kejohanan Skuasy Individu Asia yang menutup tirai di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam.
Rakan senegaranya yang juga juara bertahan, Joshna Chinappa, muncul pemain wanita pertama selain Datuk Nicol David, juara sembilan kali, yang berjaya mempertahankan kejuaraan berturut-turut.
Saurav dan Joshna juga membantu India menempa satu lagi sejarah apabila satu-satunya negara memenangi kejuaraan berganda selain Malaysia, yang kali terakhir merasai kejuaraan berganda pada edisi 2011 di Pulau Pinang menerusi kemenangan Nafiizwan Adnan dan Nicol David.
Pada usia 32 tahun, Saurav dalam prestasi terbaik kariernya terlalu hebat buat juara 2015, Leo Au dalam final yang berakhir 3-0.
Kakak kepada Leo, pilihan utama kejohanan juga juara 2013, Annie Au yang mengecewakan pemain negara, Low Wee Wern, dalam separuh akhir, gagal menghentikan strategi sempurna dan kepantasan Joshna dan akhirnya memberi gelaran kedua kepada pemain 32 tahun dari Chennai itu dalam aksi 4 set.
Sedikit sebanyak kejayaan pemain Malaysia, Ng Eain Yow, Low Wee Wern dan S.Sivasangari, layak ke separuh akhir mengubati kerisauan komuniti skuasy negara.
Era kegemilanagan skuasy Malaysia tergugat dengan kejuaraan berganda Hong Kong dalam Kejohanan Berpasukan Asia tahun lepas dan kini di Kuala Lumpur, India muncul juara berganda individu Asia.
Pasukan skuasy Malaysia tanpa Nicol David, yang akan bersara pada Jun ini, manakala Nafiizwan Adnan, yang baru mengumumkan persaraannya, perlu bangun secepat mungkin untuk meneruskan legasi menguasai skuasy di Asia dan di dunia.