Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi. 24 Ogos 2017. Malaysia lwn Jepun.
Memasuki minit ke-80, penulis sudah bersedia di kawasan bangku simpanan skuad negara untuk sesi temuramah ringkas sejurus tamat perlawanan.
Ketika itu masih belum ada jaringan dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan dengan Malaysia punyai beberapa peluang terhidang tetapi gagal menembusi kubu Jepun.
Sehinggalah pada minit ke-90, Jepun mendapat sepakan penalti apabila Dominic Tan menjatuhkan pemain lawan, Ayase Ueda.
Keputusan yang diambil pengadil mungkin menjadi pertikaian tetapi itu risiko yang perlu diambil skuad negara untuk mengekang asakan Jepun yang juga terdesak mahu menamatkan permainan dalam tempoh 90 minit berbanding berlanjutan ke masa tambahan.
Penalti itu disempurnakan sendiri oleh Ueda dan meskipun punyai baki 4 minit untuk masa kecederaan, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akur tidak dapat peroleh jaringan.
Hasilnya mereka terpaksa berpuas hati dengan kemaraan hingga pusingan 16 terbaik pada saingan Sukan Asia kali ini dengan raih dua kemenangan selain tumpas dua lagi perlawanan.
Paling mencuri tumpuan sudah pasti kemenangan 2-1 ke atas Korea Selatan dalam aksi peringkat kumpulan yang pada ketika itu turut mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan 16 terbaik lebih awal.
Secara keseluruhannya, skuad negara punyai kualiti tersendiri untuk menyaingi pencabar mereka yang lain di peringkat Asia tetapi ini tidak bermakna mereka sudah boleh berpuas hati dengan pencapaian tersebut.
Masih banyak lagi kekurangan yang perlu diatasi khususnya dari beberapa aspek teknikal di samping tiada lagi kemelut perebutan pemain antara pasukan negara dan juga negeri.
Diharapkan rentak ini dapat diteruskan lagi skuad negara bagi hadapi misi berikutnya iaitu melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.