Sepertimana pistol revolver Colt Single Action Army (SAA) buatan Amerika Syarikat (AS) pada 1872, yang terkenal dengan ketepatan bidikannya, begitu jugalah Ifedayo Olusegun yang tidak henti-henti membuktikan ketajamannya selaku penggempur utama Selangor.
Malam kelmarin, penyerang dari Nigeria itu meledak hatrik ketika membantu The Red Giants membelasah Pahang 5-2 di Stadium Shah Alam.
Secara keseluruhan, penggempur berusia 28 tahun itu telah menjaringkan lapan gol daripada enam penampilan pertamanya buat skuad Gergasi Merah itu.
Ifedayo sah bergelar pemain Selangor menerusi jenedela perpindahan kedua, Mei lalu.
Nyata perjudian pihak pengurusan Selangor untuk mengambil pemain itu bagi menggantikan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia, membuahkan hasil apabila Ifedayo kini layak mendapat gelaran "mesin gol" buat gergasi Lembah Klang berkenaan.
Walaupun enggan dibandingkan dengan Segovia, Ifedayo telah membuktikan bahawa dia adalah penawar terbaik bagi mengubati masalah ketumpulan jentera serangan Selangor tanpa penyerang prolifik itu, yang terpaksa direhatkan selama empat bulan ekoran kecederaan kaki kiri.
“Saya hadir ke dalam pasukan Selangor sebagai pemain baru dan tidak mahu menggantikan sesiapa, termasuklah Segovia.
“Segovia dan saya adalah dua pemain berbeza dan saya hanya ingin fokus kepada pasukan ini dengan cara tersendiri.
“Bermain bola sepak tidak boleh terlalu tertekan dan saya sendiri tidak mahu terbeban menggalas tugas sebagai penyerang,” katanya sebaik sah menjadi pemain Selangor, 3 Mei lalu.
Ifedayo memulakan penampilan pertamanya selaku pemain Selangor dengan penuh bergaya apabila mencatat hatrik ketika menewaskan Kedah 3-1 di Stadium Shah Alam, 15 Mei lalu.
Tiga hari kemudian, dia menjaringkan gol tunggal Selangor ketika mengikat PKNP FC 1-1 di Manjung.
Selain itu, dia turut menemui sasaran ketika membantu Selangor menewaskan Kuala Lumpur 2-1 di Shah Alam, sebelum mencatat hatrik ke atas Pahang.
Sepanjang enam perlawanan itu, dia telah menjaringkan lapan daripada 13 jaringan Selangor untuk menjadikan 61.53 peratus daripada jaringan The Red Giants terdiri daripada sumbangannya.
Dengan berbaki empat perlawanan liga musim ini, Ifedayo hanya ketinggalan empat gol di belakang pendahulu kedudukan penjaring terbanyak, Kpah Sherman (PKNS), dan dia mampu mengejar kedudukan itu andai mengekalkan prestasi sama memandangkan Selangor hanya akan berdepan pasukan di kelompok bawahan seperti Felda United, Petaling Jaya City FC dan PKNS FC selain pasukan di tangga kelima, Perak.
Jika berjaya, dia akan mencipta sejarah tersendiri selaku pemain pertama memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Super dengan hanya beraksi separuh musim.
Sepertimana Colt SAA yang menjadi pistol legenda buat Polis AS hingga ke hari ini, Ifedayo mungkin akan menjadi legenda Selangor seandainya khidmatnya dikekalkan lebih lama dan sentiasa mengekalkan ketajamannya selaku penggempur terhebat pasukan itu.