"Anak tidak guna hanya tahu memanah sahaja,” kritikan itu masih terngiang-ngiang di telinga pemanah para negara, Suresh Selvathamby.
“Kepada pengkritik yang memandang rendah keluarga saya yang miskin dan cakap saya tak jaga ibu dan kerja saya memanah saja, tengok saya sekarang. S.Suresh anak kepada Dewani Chandran, juara dunia!” luah juara dunia memanah recurve para lelaki itu apabila ditemubual oleh saya di Astro Arena.
Suresh, anak Kuala Ketil, Kedah menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan menunjukkan kekuatan, kesabaran, kasih sayang dan sikap patriotik untuk negara walaupun melalui tragedi buruk dalam kehidupan.
Kisah sedih Suresh bermula apabila kaki kirinya terpaksa dipotong selepas terlibat dalam kemalangan apabila lori yang dipandu ayahnya terpesong dari jalan raya setelah dia cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh.
“Ibu seorang pekerja kilang meraung menangis kerana tak boleh terima nasib yang menimpa anak sulungnya juga harapan keluarga mencari duit menampung keluarga. Pada masa tu, saya masih berusia 13 tahun dan saya berjanji untuk jaga ibu sampai mati,” kata Suresh dengan matanya yang kelihatan berair.
Nasib buruk berterusan dalam keluarganya sebulan selepas kemalangan itu, apabila adik perempuannya meninggal dunia kerana dilanggar motosikal ketika naik ke bas sekolah.
Tidak lama selepas itu, bapanya meninggalkan keluarga dan Suresh, yang kini berusia 25 tahun, masih tidak tahu di mana bapanya sehingga sekarang.
Ketika Suresh sudah putus asa dengan hidup, dia menemui sukan memanah yang membantunya bangkit dan mencari tujuan untuk berjaya.
Kini, sebagai juara dunia, dia layak menerima Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM80,000 dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga pertimbangkan untuk menganugerahkan sebuah rumah kepadanya.
Suresh mendedikasikan sejarah yang diciptanya sebagai atlet memanah para negara pertama muncul juara dunia itu kepada ibunya.
Nak tahu apa kata Suresh kepada ibu tersayangnya yang membuatkan saya dan krew penerbitan melinangkan air mata?
Saksikan laporan istimewa Nadi@1 jam 1 tengahari, Sabtu ini di Astro Arena.