Skip to main content

Rencana

Hidup mati Ah Hoe

img-20190423-wa0020.jpg
Aksi play-off umpama final buat Tan Cheng Hoe.

Mahu tidak mahu hanya kemenangan perlu dilaksanakan skuad senior negara.

Jika ia tidak berlaku, kerusi panas sebagai jurulatih negara bakal dipersoal dan tidak mustahil temui noktah akhir.

Hal ini diambil maklum Cheng Hoe.

Dia tahu segalanya akan berakhir andai kegagalan di pentas play-off, bermakna ia merupakan kegagalan tanggungjawabnya selaku jurulatih senior negara.

"Nak tak nak kena menang", Itu tegas Cheng Hoe.

Apa tidaknya, kali ini Cheng Hoe bebas memilih mana-mana pemain yang dia mahu, yang dia rasa terbaik buat pasukannya.

Tiada lagi isu berebut pemain, dan disebabkan itu, nama-nama seperti Akhyar Rashid, Safawi Rasid, Syamer Kutty Abba, Syahmi Safari, Dominic Tan dan Nik Akif Syahiran Nik Mat sudah ada dalam perancangan Cheng Hoe.

Daripada segi emosi, pemain negara yang beragama Islam perlu melupakan seketika enaknya Rendang Tok, Lemang To'ki dan pelbagai juadah raya yang diketahui umum sememangnya mampu menaikkan berat badan dalam masa singkat.

Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih berbeza, itu pengorbanan paling besar yang perlu dilakukan pemain negara demi kejayaan skuad kebangsaan, demi mengembalikan semula kepercayaan penyokong negara kepada Harimau Malaya.

Advertisement

Must Watch Video