I repeat, the heroes have landed! Dan kita semua telah menyaksikan kepulangan wira dan wirawati negara sama ada di hadapan kaca televisyen, menerusi live streaming YouTube Astro Arena ataupun dengan mata sendiri pada petang Khamis.
Apa perasaan anda melihat kepulangan mereka?
Advertisement
Bangga? Bersemangat? Inspired? Hopeful?
Tiada apa yang mampu diucapkan selain rasa bangga dengan pencapaian atlit-atlit kita yang telah mengharumkan nama negara di bumi Rio.
When a vast majority of Malaysians back home were sleeping, they were winning medals.
When we woke up and tuned in to the news, they claimed their spots as instant heroes.
Memang wajar mereka disambut pulang semeriah mungkin. Mereka lakukan apa yang tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini. Betul-betul di luar kemampuan tenaga orang biasa. Hanya yang bersemangat luar biasa sahaja mampu melakukannya!
Bukan setakat sejarah yang mereka cipta, tetapi legasi bertemakan nama-nama mereka yang telah mereka catatkan.
Ingatkan airmata hanya mampu menitis apabila menyaksikan temubual mereka di Rio bersama Fina Nasrom, tapi nyata sekali sangkaan itu salah.
Bila melihat betapa bangganya seluruh Malaysia dengan atlit-atlit luarbiasa ini, sekali lagi hati terasa sangat terharu – betapa berbaloinya segala penat lelah mereka! Tidak pernah pun terlintas di fikiran mereka untuk dipuja dan dipuji bak selebriti, tapi kejujuran dan keikhlasan mereka berjuang demi negara tercinta membuahkan hasil yang begitu lumayan. Lumayan bukan dari segi wang atau harta….lumayan dari segi respect, acknowledgment and pride!
You’ve done it my heroes, and the best part is….your journey has just begun!
Buat Noor Radiah Ismail, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, selamat pulang ke tanah air. Teruskan memperjuang nama anda dan nama Malaysia di peringkat tertinggi sebab seluruh Malaysia kini di belakang anda.
Malaysia Boleh!