“Saya berharap untuk kembali ke Madrid tidak lama lagi,” kata Cristiano Ronaldo dalam ucapan penerimaannya bagi satu anugerah legenda anjuran akhbar harian sukan Sepanyol, MARCA, di ibu kota negara itu semalam.
Serta-merta Teatro Reina Victoria di Madrid, tempat berlangsungnya majlis anugerah itu, hingar-bingar dengan reaksi hadirin yang barangkali terbawa-bawa dengan andaian masing-masing.
Ia satu detik yang difahami jelas oleh pemain berusia 34 tahun itu yang meneruskan ucapan dengan memberi pencerahan agar tidak disalahertikan.
Kebetulan mereka yang memenuhi auditorium berkenaan terdiri daripada wakil-wakil pertubuhan media tempatan dan antarabangsa selain peminat yang terus terindu-rindukannya selepas dia meninggalkan Real Madrid untuk menyertai juara Serie A, Juventus, pada musim panas setahun lalu.
Dalam sembilan musim yang dihabiskannya bersama juara terbanyak Eropah itu, Ronaldo menyumbat 451 gol dalam 438 penampilan merentasi semua kejohanan di samping kekal penjaring terbanyak kelab itu dalam LaLiga dengan 312 gol.

“Madrid adalah istimewa,” sambungnya seperti dipetik MARCA.
“Saya telah banyak membuat perjalanan dan tidak terdapat banyak bandaraya seperti Madrid. Malah, sebahagian besar sebab saya menerima anugerah ini hari ini, adalah berkisar kepada apa yang saya lakukan di (Real) Madrid.
“Ia sebuah trofi (anugerah) Sepanyol dan saya bangga menerimanya,” ujarnya sebagai menyudahi kata-katanya sebagai meredakan keadaan di dalam auditorium berkenaan.
Namun, ia sekadar seketika.
Apabila Presiden Real Madrid, Florentino Perez, dijemput menaiki pentas untuk bergambar dengannya, auditorium itu kembali gamat.
Sambil kedua-duanya berpelukan, lantang sekali sorakan, “Tandatangani dia semula.”
Sepeninggalan Ronaldo, Los Blancos menyudahi musim lalu tanpa sebarang trofi, termasuk kekalahan 3-5 secara agregat kepada Ajax dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) di samping sekadar di tangga ketiga LaLiga di belakang Barcelona dan Atletico.

Anugerah Legenda MARCA itu diberikan sebagai satu pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasanya dalam dunia bola sepak, dengan penyerang Juventus dan Portugal itu dianggap sebahagian sebagai pemain terhebat sepanjang zaman.
Majlis penyampaiannya yang disempurnakan oleh wartawan tersohor, Felipe del Campo, turut dihadiri pasangan Ronaldo, Georgina Rodriguez, Perez, Presiden Unidad Editorial, Antonio Fernandez-Galiano Campos, serta ejen pemain itu, Jorge Mendes.
Ronaldo menyertai satu senarai eksklusif penerima anugerah itu untuk menyusuli Rafa Nadal, Michael Jordan, Michael Phelps, Marc Marquez, Pau Gasol, Miguel Indurain, Usain Bolt dan Roger Federer di samping legenda bola sepak, Lionel Messi, Raul Gonzalez, Diego Maradona, Pele dan Paolo Maldini.
Betapa ia bertepatan menepati status legendanya selaku penjaring terbanyak dalam sejarah Liga Juara-Juara (127 gol), Real Madrid (451 gol) dan Portugal (88 gol) di samping deretan trofi, antaranya UCL (lima kali), Piala Super Eropah (tiga kali), Liga Perdana Inggeris (tiga kali), LaLiga (dua kali) serta kejuaraan Serie A, Kejohanan Eropah dan Liga Negara-Negara Eropah (masing-masing sekali).
Dan betapa hadirin di Teatro Reina Victoria itu mengandaikan bahawa mereka tidak tersilap dengar atau menyalahertikan ucapan Ronaldo untuk kembali ke Madrid dalam masa terdekat.