Skip to main content

Rencana

Harmoni Skuad Brad Maloney

b15.jpg
Skuad bawah 15 tahun negara baru sahaja menjuarai saingan AFF B15 tahun di Thailand. Manakala anaka-anak buah Brad Maloney pula baru dijulang selaku naib juara AFF B18 tahun di Vietnam. Kini, giliran pasukan senior pula dikumpulkan untuk persiapan perlawanan persahabatan.

Di saat pasukan bawah 18 tahun negara hanya meletakkan sasaran mara ke separuh akhir, mereka tampil berbeza apabila berjaya muncul pasukan paling mencuri tumpuan terutama sekali apabila berjaya menumbangkan Australia pada peringkat kumpulan dengan 3-0. Sejak dari itu, ramia peminat bola sepak negara yang mengikuti rapat perkembangan mereka sehingga pada aksi final yang menyaksikan kita tewas 0-1 juga kepada pasukan Australia.

Namun, apa yang lebih menggembirakan adalah bagaimana kualiti yang dimiliki pemain-pemain negara seperti Luqman Hakim, Firdaus Khaironnisam, Harith Haikal dan Mukhairi Ajmal. Peminat pasti sedar kualiti yang dimiliki hinggakan ada yang sudah mendapat tawaran dari pasukan liga super, dan ada juga yang akan menjalani percubaan bersama kelab di Jepun.

Ada juga cakap-cakap belakang yang mengatakan DNA skuad ini dipengaruhi oleh dua kem iaitu NFDP dan AMD, namun Dayang percaya kedua-duanya adalah DNA bola sepak Malaysia, jadi tidak timbul isu kerana mereka semua bermain untuk negara.

Terbaru, skuad ini akan menjalani persiapan menjelang Pusingan Kelayakan Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFC) 2020 di Kemboja, November ini. Dikhabarkan suatu destinasi kemungkinan di Timur Tengah akan menjadi medan untuk mereka mempersiapkan pasukan. Dalam masa sama, akan ada juga penambahan  seorang atau dua pemain baru untuk menambah baik pasukan mengahadapi kejohanan AFC 2020.

Malaysia diletakkan bersama Brunei, Mariana Islands, Kemboja dan Thailand. Terdapat 11 kumpulan secara total dan juara setiap kumpulan serta 5 pasukan kedua terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik.

 

Advertisement

Must Watch Video