Para peminat terus menyokong pasukan kegemaran mereka namun pada masa yang sama perlu realistik dengan kedudukan pasukan negara di peringkat dunia.
Harimau agak tenggelam di beberapa kejohanan dan perlawanan antarabangsa.
Kini The Speedy Tigers pula perlu berdepan dengan pandangan para peminat di atas persembahan mereka di Piala Sultan Azlan Shah edisi ke 24 yang baru berlalu di Ipoh.
Australia juara 8 kali dan juara dunia merupakan pencabar paling sukar untuk disekat oleh pasukan India, New Zealand, Korea Selatan, Canada dan Malaysia.
Kita masih ingat bagaimana Australia meranapkan harapan Malaysia untuk menjadi juara buat kali pertama dengan kemenangan 8-3 di final tahun lepas.
Tidak banyak perkara menarik yang boleh diperkatakan tentang pasukan Malaysia kali ini setelah memulakan kejohanan ini dengan kekalahan kepada New Zealand 4-2.
Namun persembahan lebih baik dan agresif apabila menentang Australia walaupun tewas 3-2.
Para peminat lega dengan kemenangan pertama pasukan negara dengan aksi agak konsisten ke atas India dengan keputusan 3-2.
Korea Selatan pula kental apabila Malaysia bangkit menyamakan kedudukan setelah ketinggalan 0-2 di awal perlawanan dan akhirnya menghentikan kemaraan negara dengan kejayaan 3-2.
Canada pula bukan lawan anak buah Tai Beng Hai di perlawanan terakhir peringkat kumpulan dengan kemenangan 4-1.
3 kekalahan dan 2 kemenangan tidak memberi sebarang peluang kepada Malaysia untuk mengulangi kejayaan ke final. Kedudukan ke 5 di carta kejohanan membawa mereka ke perlawanan penentuan tempat ke 5 dan tercorot.
Ramai yang beranggapan sehari selepas kemenangan mudah ke atas Canada sudah pasti meletakkan Malaysia di tempat ke 5 apabila mereka bertembung semula.
Silap sama sekali. Bermain di tempat sendiri walaupun dalam keadaan cuaca hujan lebat, The Speedy Tigers gagal menggunakan kelebihan berada di depan pihak lawan beberapa kali. Peluang ini diambil oleh Canada sebaik mungkin dan mempermainkan Malaysia dengan kejayaan melalui pukulan penalti 3-1 setelah kedudukan terikat 4-4.
India di tempat ke 3 setelah terpaksa berhempas pulas sebelum menundukkan Korea Selatan.
New Zealand mencuri tumpuan setelah juara tahun 2012 itu mengejutkan Australia dalam aksi cukup bertenaga sehingga berlarutan kepada pukulan penalti dan menang 2-2 (3-1).
Bukannya pasukan negara tidak handal, ranking ke 12 membuktikan kita antara yang terbaik di dunia. Tetapi kemungkinan besar negara lain terus berusaha dan mencari resepi kreatif sehingga menunjukkan peningkatan mendadak.
The Speedy Tigers sesuram cuaca pada edisi kali ini. Di tempat tercorot.
Kalau nak jadi harimau, jadilah betul-betul!