Skip to main content

Rencana

Hari suram bola sepak negara

mfl.jpg
Demi keselamatan dan mengutamakan kesihatan semua pihak, ini jalan terbaik.

Tapi tidak dapat dinafikan, ‘kegelitaan rasa’ yang sedang dihadapi majoriti pencinta bola sepak apabila kemeriahan yang bermula hanya bersifat sementara.

Pembukaan liga 2020 yang terpaksa dilambatkan pun belum habis terjawab.

Kini tiba lagi musibah lain, yang menuntut saingan liga ditunda atas faktor keselamatan semua pihak.

"Baru rasa terisi dengan tiga perlawanan lalu bagi musim 2020, kini kembali suram".

Itu antara luahan peminat bola sepak tanah air betapa ketiadaan saingan bola sepak di peringkat liga amat dirindui.

Apa yang boleh penulis nyatakan, minggu ini adalah minggu terakhir untuk penyokong dan peminat bola sepak tempatan raikan saingan Liga Super 2020 dengan cara tersendiri.

Apa tidaknya semua sedia maklum perlawanan yang berlangsung pada minggu ini hanya akan di adakan secara tertutup, dah lebih pedih, penundaan ini belum ada tarikh pasti bila ia akan dimainkan semula.

Bukan sahaja saingan liga, kem latihan kebangsaan pula tidak akan berlaku dan saingan kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia 2022/2023 turut ditunda!.

Covid-19 benar benar punca yang merentap kemeriahan saingan bola sepak tanahair.

Semoga kegembiraan musim 2020 kembali menjadi milik kita ?.

Advertisement

Must Watch Video