Skip to main content

Advertisement

Rencana

Hari jadi di gua jadi mimpi ngeri

budak-gua.jpg
Sawadekap’ mencuri hati dunia. 

12 pemain bola sepak remaja dan jurulatih mereka diselamatkan selepas 18 hari terkandas di Gua Tham Luang, Thailand. 

Pada 23 Jun, Ekapol Chantawong membawa anak-anak buahnya ke gua itu untuk meraikan harijadi Peerapat Sompiangjai, yang juga dikenali sebagai Night. 

Tanpa diduga, sambutan ulangtahun ke 17 Night mengakibatkan mereka terperangkap dalam kegelapan setelah hujan lebat membanjiri kesemua jalan keluar dari gua. 

Dilihat sebagai misi kemanusian yang akan diingati dunia selama-lamanya, penyelamat dan penyelam antarabangsa serta para sukarelawan bekerjasama dan berhempas pulas untuk mencari pasukan bola sepak Wild Boars itu. 

Minum air yang menitis dari gua serta makanan ringan yang di bawa sempena sambutan hari jadi menyelamatkan mereka, selain Ekapol yang pernah menjadi sami menenangkan remaja berusia 11 hingga 17 tahun itu yang terpaksa mengharungi kegelapan, kesejukan dan kemungkinan kematian dengan bermeditasi. 

Dalam kesibukan dunia memberi tumpuan kepada Piala Dunia Russia, Thailand dan seluruh dunia akhirnya menarik nafas lega apabila dua penyelam Britain menjumpai mereka selepas sembilan hari dan soalan pertama yang masih terngiang-ngiang di telinga.

"How many of you? 13...Brilliant!"



Kesemua mereka masih selamat. 

Dalam merintangi halangan merbahaya dan sempit di dalam gua untuk membawa keluar mangsa memerlukan usaha berjam-jam dan lebih daripada 100 penyelamat di dalam gua. 

Selepas 18 hari, dunia meraikan kejayaan kesemua mangsa dikeluarkan walaupun seorang bekas tentera laut SEAL Thailand meninggal dunia dalam misi menghantar oksigen kepada mangsa di dalam gua. 

Thailand menyuarakan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua penyelamat dan yang membantu sambil mengakui sukan memainkan peranan penting dalam memberi kekuatan mental dan fizikal untuk mangsa bertahan selain percaya nilai kemanusian, perpaduan dan kerjasama antara rakan-rakan serantau dunia masih wujud. 

“Khob khun krab/kha – terima kasih”.

 

Advertisement

Must Watch Video