Skip to main content

Rencana

Hania puteri skuasy Mesir

hania-el-hammamy.png
Hania El Hammamy bukan sahaja mempunyai paras rupa seperti model, tapi ketangkasan dan skil dalam gelanggang menobatkan pemain dari Kaherah, Mesir, ini kejuaraan remaja wanita skuasy dunia. 

Bergerak seperti balerina namun mempunyai karakter gagah berani seperti pemain ragbi, Hania merebahkan badan di Arena Nicol David untuk meraikan kejayaannya selepas menewaskan rakan sepasukan, Jana Shiha, dalam final Kejohanan Remaja Skuasy Dunia 2019 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil. 

Belajar daripada kesilapan dan pengalaman tewas dalam final dua edisi berturut-turut, Hania berjaya menarik perhatian peminat Malaysia.

'Poster Girl' terbaru sukan skuasy ini bukan calang-calang pemain kerana pada usia 18 tahun, dia sudah berada di ranking 15 dunia. 

Mungkin ramai yang tidak tahu, Hania pernah mengejutkan ratu skuasy negara, Nicol David, dalam Terbuka Windy Februari tahun lalu yang juga kekalahan pertama Nicol dalam pusingan pertama kejohanan siri dunia selepas 16 tahun. 

Dengan bentuk fizikal yang dilihat sempurna untuk menjadi pemain skuasy terbaik dunia, kecantikan Hania pasti kelebihannya untuk menarik perhatian pihak media, penaja dan para peminat. 

Harapannya untuk mengikut jejak langkah pemain senior wanita Mesir lain yang membuat transisi positif daripada juara remaja wanita dunia ke juara dunia wanita seperti Raneem El Weleily dan Nour El sherbini, Hania bertekad membuktikan kehebatannya dalam gelanggang dan paras rupa yang menawan akan dijadikan bonus tambah keyakinan diri. 

 

 

Advertisement

Must Watch Video