Skip to main content

Rencana

Guardiola penuh karisma

pep-guardiola-cropped_15xklx9277bfp1qu0flcgu0dh2.jpg
Pelbagai rintangan dan halangan dihadapi Manchester City di awal musim 2018-2019 sebelum berjaya memintas Liverpool di pusingan kedua Liga Perdana Inggeris. 

Dengan pengalaman yang dimiliki oleh pengurus City, Pep Guardiola, ia tidak memberi tekanan kepadanya dan terus memberi kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya untuk lebih tenang dan fokus pada setiap perlawanan dan akhirnya City berjaya mengekalkan kejuaraan dua tahun berturut-turut.

Guardiola merupakan pengurus asing pertama di City yang membawa kejuaraan Liga Perdana Inggeris dua tahun berturut-turut dan ia juga merupakan seorang pengurus yang berjaya mengekalkan rekod terbaik peribadi apabila berjaya mencipta kejayaan di tiga liga utama dunia iaitu di LaLiga, Bundesliga dan Liga Perdana Inggeris.

Ini kejayaan yang penuh bermakna kepada Guardiola sebagai seorang pengurus pasukan yang mempunyai karisma dan aura dalam memburu kejayaan. Didikan yang diterima oleh Guardiola daripada legenda bola sepak dunia iaitu Johan Cruyff digunakan sebaik mungkin dalam membina kerjayanya sebagai seorang pengurus. Perwatakan yang dipamerkan oleh Guardiola juga begitu menarik untuk penulis sama-sama menilai dan mempelajarinya.

Melalui pembacaan penulis menerusi buku biografi Pep Guardiola (Another Way of Winning), dia memang seorang yang istemewa dan sentiasa berfikir setiap saat bagaimana untuk mencipta kejayaan bersama pasukan dan bijak mengawal pemain-pemain ternama dunia. Inilah sikap yang membawa kejayaan pada Guardiola dan sikap beginilah yang perlu dicontohi oleh barisan jurulatih dan pemain tempatan untuk berjaya. 

Dengan kebijaksanaan serta falsafah yang dimiliki Pep Guardiola itu merupakan inspirasi kepada ramai pencinta bola sepak dunia dalam membina kerjaya.
 

Advertisement

Must Watch Video