Ketika Barcelona merindui aksi Lionel Messi dan Luis Suarez untuk mengemudi barisan depan, muncul individu bernama Antoine Griezmann yang menyalakan harapan di Camp Nou.
Meninggalkan Atletico Madrid untuk berhijrah ke Barcelona menerusi perpindahan berjumlah 107 juta Pound, kehadiran bintang Perancis itu dilihat langkah yang tidak mencetuskan kegembiraan buat peminat di Catalonia.
Mengapa? Ia disebabkan sehingga saat ini, rata-rata penyokong Barca masih mengharapkan Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, agar meneruskan usaha untuk membawa pulang Neymar dari PSG.
Lebih menyukarkan Griezmann ketika mula-mula sampai ke Camp Nou, kedatangannya dikatakan tidak dialu-alukan oleh Messi selepas tular bintang Argentina itu tidak melayannya dalam satu aksi pra musim.
Malah, debut kompetitif Griezmann bersama Barca tidak bermula dengan baik apabila mereka tewas 1-0 dalam aksi pembukaan La Liga menentang Athletic Bilbao.
Namun, situasi itu kini mungkin berbeza.
Hujung minggu lalu, pemain berusia 28 tahun itu mengetuai barisan hadapan pasukan kendalian Ernesto Valverde ketika melayan kunjungan Real Betis bersama Carles Perez dan Rafinha.
Ketinggalan 1-0 hasil jaringan Nabil Fekir, Griezmann diangkat wira selepas menghulurkan kaki untuk menyamakan kedudukan, sebelum ledakan kaki kirinya memberikan pendahuluan buat Barca, seterusnya mengemudi pasukannya menang 5-2.
Griezmann meraikan jaringan di Camp Nou dengan gaya seperti bintang bola keranjang, Lebron James, sekali gus mempamerkan rasa puas selepas meraih dua jaringan dalam dua penampilan buat The Blaugrana.
Jika persembahan menentang Betis diambil kira, peminat Barca sudah tentu menarik nafas lega biarpun Suarez dan Messi masih belum diketahui tempoh untuk mereka berehat sambil Ousmane Dembele dipalit masalah kecederaan.
Ia sudah tentu kerana kini, status pemenang Piala Dunia 2018 yang dimiliki Griezmann sudah boleh dipertaruhkan untuk memastikan Barca mengekalkan kejuaraan LaLiga, musim ini.