Skip to main content

Rencana

Gracias Iker Casillas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iker-casillas.jpg
Setelah 21 tahun mengabdikan diri dalam dunia bola sepak professional, akhirnya Iker Casillas, pada usia 39 tahun, mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak professional. 

Pelbagai rintangan pahit manis dilalui bekas penjaga gol utama Sepanyol itu sepanjang beliau melibatkan diri dalam kancah bola sepak professional. 

Memulakan kerjayanya di Real Madrid ketika berusia 18 tahun di mana bakatnyan dikesan oleh jurulatih Real Madrid, Vicente Del Bosque, ketika itu dan diberikan peranan sebagai penjaga utama Real Madrid buat pertama kalinya ketika kejohanan UEFA Champions League menentang Olympiakos pada 15 September 1999. 

Casillas juga mencatat sejarah sebagai penjaga gol termuda yang diberikan peranan sebagai benteng terakhir Real Madrid ketika itu.

Semenjak itu, Cassilas terus mengorak langkah bersama Real Madrid di mana banyak kejayaan yang dicipta oleh Casillas bersama Real Madrid sepanjang kerjayanya dan paling diingati sehingga hari ini apabila Casillas berjaya menjuarai UEFA Champion League dua musim berturut-turut iaitu pada musim 1999-2000 dan 2000-2001 selain memenangi piala-piala utama liga tempatan seperti LaLiga. 

Sebagai pemain dan penjaga gol yang mempunyai karisma serta karektor yang menarik, Casillas berjaya membawa perwatakannya yang bersih baik di dalam padang atau diluar padang. Dengan karektornya itu, Casillas juga diberikan tanggungjawab sebagai ketua pasukan Real Madrid pada tahun 2010 setelah Guti berhijrah kelab Besiktas.

Dengan bakat dan nilai kepimpinan yang tinggi serta komitment yang diberikan Casillas di atas padang itu, beliau telah berjaya mencipta satu lagi sejarah dalam bola sepak dunia apabila Casillas bersama-sama generasi emas Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010 buat pertama kalinya dalam sejarah negara Sepanyol di Afrika Selatan semenjak Piala Dunia di pertandingkan pada tahun 1930 di Uruguay. 

Sebagai penjaga gol yang mempunyai kebijaksanaan dalam membaca permainan dan kepantasan dalam pergerakan badan untuk menyekat percubaan lawan serta mempunyai kekuatan tangan yang luar biasa itu, Casillas pernah dicalonkan dalam anugerah paling berprestij dalam industri bola sepak iaitu Ballon d’Or pada tahun 2008 bersama penyerang utama Portugal, Cristiano Ronaldo, yang dinobatkan sebagai pemenangnya sementara Casillas menduduki tangga keempat.

Inilah pencampaian seorang legenda bola sepak dunia yang akan dikenang sampai bila-bila, terutama kepada peminat-peminat Sepanyol dan peminat-peminat bola sepak dunia khususnya. Sudah pastilah dengan reputasi dan kejayaan Iker Casillas itu akan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi dan idola kepada generasi muda, terutama yang ingin menjadi penjaga gol suatu hari nanti. 

Bagi diri penulis sendiri, ia sungguh bertuah kerana penulis dapat melihat sendiri persembahan Iker Casillas di atas padang sepanjang kerjayanya sebagai pemain bola sepak professional. Gracias Iker Casillas berjaya mewarnai bola sepak dunia.

Advertisement

Must Watch Video