Gomo Kelate Gomo!, Ayuh Kelateku! sudah lama sebenarnya saya tidak dengar laungan keramat ini bergema di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Tapi pada malam Ahad lalu, ia kembali dilaungkan dengan penuh bersemangat dan membara oleh penyokong The Red Warriors yang hadir ke stadium berkenaan.
Ia menggamit kenangan saya ketika membuat liputan pada zaman kegemilangan pasukan Kelantan yang dianggotai pemain-pemain ternama seperti Badhri Radzi, Norfarhan Muhammad dan Indra Putra Mahayuddin.
Suasana pada malam tempoh hari memang menakjubkan apabila skuad Kelantan bimbingan Yusri Che Lah berjaya menewaskan Kedah 2-0 untuk mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia 2018.
Ia berlaku dengan penuh dramatik kerana gol yang membawa mereka ke peringkat kalah mati itu betul-betul hadir di penghujung perlawanan hasil jaringan pemain tengah, Nik Akif Syahiran.
Terdahulu, Danial Ashraf Abdullah membuka jaringan pendahuluan buat pasukannya, namun ia belum memadai kerana keputusan semasa perlawanan antara MIFA dan Johor Darul Takzim tidak memihak mereka.
Danial dan Nik Akif layak diangkat sebagai wira kerana menjadi watak penting kejayaan Kelantan, namun pemain lain usah dilupakan kerana mereka turut memberi komitmen terbaik masing-masing serta paling utama ialah Yusri.
Jurulatih berusia 42 tahun itu beremosi selepas anak buahnya keluar sebagai pemenang dalam pertemuan itu dan ia diluahkan dalam sidang media sejurus perlawanan tamat.
"Sehebat mana pun sesebuah pasukan tapi jika tiada semangat berpasukan ia tidak mampu memberi kejayaan dan malam ini pemain saya keluar sebagai pemenang" kata Yusri yang mahu pemainnya terus diberi peluang dan sokongan.
"Saya kini memohon kepada peminat datanglah sokong kami dan mereka ini rata-ratanya anak jati Kelantan dengan memegang kad pengenalan bernombor 03 walaupun saya 09", ujar Yusri yang juga bekas pemain Perlis dan Perak.
Saya percaya, penyokong Kelantan akan membanjiri stadium itu untuk aksi suku akhir pertama Piala Malaysia bertemu Sabah Sabtu ini, sekali gus sekali lagi bakal kedengaran laungan semangat, Gomo Kelate Gomo!.