Kerana Covid-19, Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu (UAE) mempunyai alasan untuk memulakan pencarian pengendali skuad kebangsaan kelima dalam tempoh tiga tahun apabila menamatkan kontrak ketua jurulatih, Ivan Jovanovic, lebih awal tanpa sempat menjalani sebarang perlawanan bersama.
Jovanovic dipilih berdasarkan pengalamannya membimbing kelab Liga Teluk Arab, Al Nasr, pada musim 2013 hingga 2018 dan pernah membawa kelab itu mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia pada 2016 - selain pernah membimbing kelab Eropah, APOEL, dan membawa anak buahnya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah kelab itu pada musim 2011/12.
Namun, resume itu hanya melayakkan jurulatih kelahiran Serbia itu untuk memeterai kontrak enam bulan bagi menggantikan tempat Bert Van Marwijk, yang dipecat selepas UAE dimalukan Qatar dalam merebut kejuaraan Piala Teluk pada Disember 2019 - bermakna, Jovanovic perlu meyakinkan pentadbir bola sepak UAE dalam baki kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023 termasuk menundukkan Malaysia dalam kunjungan di Dubai.
Belum pun sempat mengubah kedudukan terkini UAE di tangga keempat Kumpulan G dengan enam mata daripada empat perlawanan, COVID-19 yang turut melumpuhkan bola sepak Asia menyaksikan hasrat itu akan hanya mampu direalisasikan pada sekitar Oktober dan November nanti berdasarkan susunan kalendar kejohanan penting.
Tanpa disangka, keputusan tersebut bukan membawa kepada lanjutan kontrak, sebaliknya penamatan awal dua bulan dengan mengambil kira pandangan Ahli Jawatankuasa teknikal skuad kebangsaan yang diketuai Yusef Hussain Al-Sahlawi, Naib Presiden UAE FA dan Pengerusi jawatankuasa - seolah-olah Jovanovic dipaksa menyerah kalah sebelum berjuang di medan perang.
Jovanovic bukan satu-satunya jurulatih yang berdepan situasi tertekan ekoran COVID-19 kerana kira-kira 24 jam sebelum itu, pengurus skuad kebangsaan Ireland, Mick McCarthy, juga ditamatkan kontrak serta-merta.
Kontrak McCarthy bersama Ireland sepatutnya berakhir pada penghujung Julai - selepas berlabuhnya tirai EURO 2020 pada tarikh asal kejohanan sebelum mengalami penundaan ke 2021.
Cuma bezanya, Persatuan Bola Sepak Ireland sudah mempunyai calon pengganti buat McCarthy iaitu Stephen Kenny yang mengendalikan skuad bawah 21 tahun.
Persoalannya, apakah pembatalan kontrak akan menjadi trend terbaharu bagi menyelamatkan kantung perbelanjaan atau memanfaat tambahan masa dari belenggu pandemik berbahaya ini atau ia sekadar tindakan yang bersifat menangguk di air yang keruh sahaja.