Kejayaan Leong Jun Hao muncul juara Kejohanan Badminton Asia di Jakarta, Indonesia, semalam, menandakan Malaysia tidak ketandusan bakat dalam perseorangan lelaki.
Pemain berusia 18 tahun dari Kuala Lumpur berkenaan menjadi pemain ketiga Malaysia yang menjuarai kejohanan itu dalam tempoh enam tahun ini.
Sudah tentu gilirannya pula memikul beban untuk menjadi pemain pelapis menggantikan Datuk Lee Chong Wei selepas kejayaan Soo Teck Zhi di Kota Kinabalu pada 2013 dan Zulfadli Zulkiffli di Lucknow pada 2011.
Teck Zhi, yang menewaskan pemain Korea Selatan, Jeon Hyuk-jin, dalam perlawanan akhir kejohanan itu, bagaimanapun, masih gagal melonjakkan namanya di pentas senior.
Sebaliknya, lawannya itu mengecap beberapa kejuaraan manis, termasuk pingat emas Sukan Asia di Incheon setahun kemudian dan Piala Sudirman di Gold Coast tahun ini.
Malaysia masih menunggu apa yang terbaik daripada Teck Zhi, dengan jaguh remaja terdahulu, Zulfadli, juga semakin hari kehilangan bebanan untuk muncul pelapis terbaik menggantikan Chong Wei.
Perkembangan Zulfadli -- yang pernah bergelar juara remaja Asia dan dunia pada tahun sama -- juga perlahan dalam saingan di peringkat senior.
Dalam final semalam, Jun Hao menewaskan wakil dari China, Bai Yupeng, 21-6, 20-22, 21-17 dalam masa 74 minit.
Kejayaan itu dianggap keputusan positif pertama untuk skuad badminton negara selepas Datuk Misbun Sidek mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki pada 1 Julai lalu.
Ia permulaan besar dilakukan Jun Hao -- juga untuk menaikkan semangat barisan rakan pelapis -- walaupun perjalanan kerjayanya masih jauh.
Kerjaya pemain muda itu perlu digilap sebaik-baiknya bagi mendapatkan keputusan lebih memberangsangkan.
Selepas ini, Jun Hao akan menyertai Kejohanan Remaja Dunia di Jogjakarta, Indonesia, dari 9-22 Oktober depan.
Selain Jun Hao, Malaysia juga memenangi tiga gangsa menerusi Eoon Qi Xuan (perseorangan wanita), Chia Wei Jie-Ng Tze Yong (beregu lelaki) dan acara berpasukan campuran.