Skip to main content

Rencana

Get well soon, Jackie

jackie-wong_1.jpg
Tatkala Covid-19 menjadi pembunuh nombor satu dunia, jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong, sedikit pun tidak luntur semangat untuk kembali pulih selepas sebulan disahkan positif dengan virus itu. 

"Saya rindu menjalani latihan bersama jurulatih, kawan-kawan di gelanggang yang saya cintai.' 

Itu luahan Jackie dalam satu temu ramah menggunakan applikasi zoom bersama penulis. Jackie antara atlit yang mudah didekati penulis, mesra dan sopan santun menggelar penulis 'kakak' setiap kali bersua untuk ditemu bual walaupun lebih berusia daripada penulis. 

Bayangkan sahaja perbezaan situasi yang terpaksa dihadapi Jackie dimana dia perlu menjalani tempoh pengasingan lebih daripada sebulan sehingga kini. 

Kebiasaannya, rutin harian menyaksikan Jackie menjalani latihan di trek ataupun gelanggang Majlis Sukan Negara (MSN). Berbeza kehidupannya hampir dua bulan menjalani rawatan di Hospital Sibu, Sarawak.

Namun begitu, Jackie tetap optimis dia mampu pulih sepenuhnya dalam masa terdekat. 

Menurut atlit berusia 27 tahun itu, kesihatannya bertambah baik dari semasa ke semasa dengan beberapa gejala seperti selsema dan batuk sudah berkurangan. 

Lebih-lebih lagi dengan pertolongan dan rawatan yang diterima sehingga hari ini. 

Semoga cepat sembuh Jackie, dunia sukan rindukan anda! :) 

Advertisement

Must Watch Video