Gelombang kedua penularan COVID-19 sehingga diisytiharkan sebagai pandemik apabila terdapat peningkatan kes yang sangat membimbangkan, sekali gus ia dilihat seperti dunia sedang berehat.
Wabak ini membabitkan mangsa diseluruh dunia, menjejaskan pertumbuhan ekonomi, industri hiburan serta kehidupan manusia selepas beberapa syarikat terpaksa meminta pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji.
Dalam pada itu, COVID-19 turut merencatkan arena sukan global dengan penundaan Liga bola sepak di serata dunia seperti Liga Sepanyol, Liga Perdana Inggeris, termasuk Liga Malaysia dan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Khamis lalu, pemain pertahanan Juventus dan Itali, Daniele Rugani diuji positif Koronavirus selain pemain kelab Sampdoria, Omar Colley, Albin Ekdal, Antonino La Gumina dan Morten Thorsby termasuk doktor kelab, Amedeo Baldari, telah dijangkiti wabak berkenaan.
Bukan hanya bola sepak, namun saingan kompetitif sukan lain, Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) menggantung perlawanan bermula Jumaat lalu selepas seorang pemain Utah Jazz disahkan positif COVID-19.
Saingan badminton turut terganggu sehingga hasrat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara beregu lelaki, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong untuk terus beraksi di pentas kejohanan berprestij itu semakin sukar tatkala pembatalan empat platform utama yang menawarkan tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 oleh badan utama persatuan itu.
Setakat ini, tuan rumah Sukan Olimpik tokyo 2020 belum mempunyai perancangan untuk mengumumkan penjadualan semula kejohanan tersebut malah Perdana Menterinya, Shinzo Abe menegaskan, Jepun sedang meneruskan persiapan biarpun kebimbangan tahap keselamatan makin meningkat.
Banyak kejohanan terpaksa ditunda, tarikh kelayakan ke Tokyo juga kebanyakannya akan berakhir pada hujung April, perkara ini bukan sahaja merencatkan persiapan barisan atlit yang sudah layak, malah ia menghadkan dan memberi kesukaran kepada yang lain dalam memburu slot ke Olimpik.