Skuad tenis negara sedang mengalami transformasi apabila pemain muda kebangsaan mula menyerlah berbanding pemain-pemain senior.
Sebagai contoh, Christian Didier Chin yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila menjuarai kejohanan ITF Futures Singapura bagi acara beregu Sabtu lalu.
Berbanding prestasi pemain senior, Syed Agil Syed Naguib masih gagal mencari rentak kemenangan sejak pulang ke kem kebangsaan Januari lalu.
Skuad tenis negara juga digempur apabila jaguh perseorangan, Ahmad Deedat Abdul Razak, menarik diri daripada kem kebangsaan akibat kecederaan walaupun tiada pengesahan doktor.
Pemain muda yang lain seperti Shamirul Shahril Adam Das juga membuktikan kemampuan diri apabila menjuarai siri kedua Kejohaan Sirkit Kebangsaan menerusi acara beregu lelaki bergandingan dengan Ahmad Deedat.
Adakah ini petanda era baru bakal menjelma? Di mana generasi muda mula mengambil alih aksi tenis di pentas tempatan dan antarabangsa?
Bagaimanapun, bekas pemain negara, V. Selvam, yang pernah berada di ranking ke-424 dunia berpesan bahawa ini hanya titik permulaan buat generasi muda dan mereka perlu terus bekerja keras jika ingin meraih lebih banyak gelaran antarabangsa.
"Ini permulaan buat Christian. Saingan beregu ini membuktikan usahanya berhasil dan berharap dia akan terus memperbaiki mutu permainannya", katanya.