Gennaro Gattuso mengabdikan hampir 16 tahun daripada hidupnya buat AC Milan.
Selepas menyertai skuad Rossoneri itu pada tanggal 15 September 1999 -- dengan perpindahan €8 juta (RM37.44 juta) daripada Salernitana -- pemain tengah dengan panggilan 'Rino' itu melengkapkan 12 musim bersama pasukan itu dengan penuh bergaya.
Antara kejayaan yang dikecapinya dalam tempoh itu ialah dua kejuaraan Serie A (2003-04, 2010-11), dua kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (2002-03, 2006-07), dua gelaran Piala Super UEFA (2003, 2007) dan pernah sekali muncul juara Piala Dunia Kelab FIFA pada 2007.
Karier gemilangnya bersama pasukan itu ditamatkkan pada 2012 dengan perpindahan ke kelab Liga Super Switzerland, Sion, sebelum bersara selepas semusim bersama pasukan berkenaan.
Di sebalik kegemilangannya sebagai seorang pemain tengah berpengaruh, Gattuso juga terkenal dengan sikap panas barannya di atas padang.
Buat yang masih tidak tahu, pemain sehebat Zlatan Ibrahimovic juga tidak terkecuali daripada menerima tindakan ganas daripada bekas kapten Milan itu.
Dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di antara Milan dan Ajax pada 2003, Gattuso dilayangkan kad merah selepas memberikan tamparan 'backhand' kepada Ibrahimovic.
Kegagalannya untuk mengawal sikap panas barannya itu sekali lagi diperlihatkan dalam saingan sama dua tahun selepas insiden itu.
Selepas menewaskan Schalke 3-2 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan musim 2005-06, Gattuso dilihat mengejar dan menyerang pemain tengah Schalke, Christian Poulsen, dengan alasan pemain itu melakukan kekasaran ke atas Kaka dalam perlawanan pertama.
Bagaimanapun, Gattuso dengan tenang menyatakan insiden itu hanya diperbesar-besarkan pihak media.
Paling diingati ialah insiden sewaktu perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di antara Milan dan Tottenham Hotspur di San Siro pada Februari 2011.
Gattuso dilihat mencekik jurulatih Spurs, Joe Jordan, selepas Jordan keluar daripada kawasan teknikalnya untuk bertelingkah dengan pemain tengah itu ekoran saingan yang bersifat fizikal sepanjang perlawanan.
Sejurus bersalaman dengan pemain-pemain Spurs selepas tamat perlawanan, Gattuso dilihat mendatangi Jordan dan menghantuk kepala jurulatih itu sebelum dileraikan pemain kedua-dua pasukan.
"Saya hilang kawalan. Tiada alasan untuk apa yang telah saya lakukan. Saya mengambil tanggungjawab itu sepenuhnya," katanya yang sudahpun berusia 33 tahun ketika itu.
Jelas kecintaan Gattuso buat Milan sememangnya tiada tara.
Selepas bersara pada 2013, dia kembali ke pangkuan pasukan itu untuk menggalas tugas sebagai ketua jurulatih pada 2017.
Namun, dia berdepan satu lagi cabaran lain, iaitu membendung sikap ganas pemainnya pula.
Mungkin terpengaruh dengan reputasi Gattuso, dua pemainnya, Franck Kessie dan Lucas Biglia, bergaduh sesama sendiri di bangku simpanan sejurus tewas 2-3 kepada Inter Milan dalam saingan Serie A, Mac lalu.
Situasi itu jelas menimbulkan rasa berang pengendali berkenaan walaupun dia juga terkenal dengan insiden ganas seperti itu satu ketika dulu.
"Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas apa-apa.
"Saya tidak dapat menerimanya. Jika anda terlalu marah sekalipun, anda bukannya budak pra-sekolah.
"Mujur saya tidak nampak, kerana jika saya menyedari insiden itu, saya mungkin akan melakukan tindakan bodoh untuk terlibat sama," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Sewaktu saingan Seria A di antara Milan dan Lazio 14 April lalu, pertahanan Lazio, Luiz Felipe, dan pemain sayap Milan, Fabio Borini, dilihat bergaduh di tengah-tengah padang selepas kemenangan 1-0 skuad Rossoneri itu.
Ia turut disulami dengan ketegangan di antara pemain tengah Milan, Tiemoue Bakayoko dan Francesco Acerbi.
Sebaliknya, Gattuso mengambil pendekatan gila untuk memuji tindakan pemainnya sambil membandingkan insiden itu dengan pelbagai kontroversi yang dilaluinya sewaktu bergelar pemain.
"Sewaktu bergelar pemain, saya amat pakar dalam keadaan seperti itu. Mereka membuatkan saya betul-betul teruja," katanya kepada DAZN.
"Saya kini memegang peranan berbeza, saya melihat setiap perkara daripada sudut berbeza.
"Lagipun, saya sudah terlalu tua.
"Mereka pergi ke gim setiap hari dan saya pula sudah tidak kuat seperti dulu," katanya.
Bagaimanapun, kegagalannya membendung sikap ganas pemainnya mungkin juga menyumbang kepada keputusannya untuk mengundurkan diri daripada pasukan itu.
Selepas disingkirkan di peringkat kumpulan dalam Liga Europa, Milan juga gagal memastikan slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan ekoran menamatkan saingan di tempat kelima dalam Serie A.
Ia secara tidak langsung memutuskan ikatan selama tiga tahun pengendali itu dengan Rossoneri yang diumumkan secara rasmi semalam.
Semoga Gattuso akan menemui satu pasukan lain untuk dibimbing tanpa dipengaruhi oleh reputasinya pada masa akan datang.