RENCANA
Gantung tidak bertali
Akibat daripada campur tangan itu persatuan bola sepak Kuwait digantung keahliannya di mana semua aktiviti bola sepak di peringkat antarabangsa tidak boleh disertai. Ini yang berlaku kepada dua buah kelab Kuwait yang tidak dapat meneruskan saingan di peringkat separuh akhir Piala AFC.
Ini sudah tentu merugikan bola sepak Kuwait itu sendiri kerana setiap aktiviti bola sepak mereka tidak diiktiraf. Dengan berlakunya kejadian ini akan menjadi pengajaran kepada kita pencinta-pencinta bola sepak tanah air.
Sekiranya ada campur tangan kerajaan sudah pasti akan diambil tindakan oleh FIFA terhadap ahli gabungannya. FAM masih lagi bernasib baik kerana Pesuruhjaya Sukan tidak mengenakan sebarang tindakan di atas rusuhan yang terjadi ketika kelayakan Piala Dunia tempoh hari.
Iklan
Apa yang kita perlu perhatikan dan renung sedalam-dalamnya apabila tindakan pengantungan keahlian dilakukan oleh FIFA ini ialah tidak ada menyatakan berapa lama pengantungan itu dilaksanakan, ia bagaikan gantung tidak bertali.
Sebab itu saya sebagai pencinta bola sepak negara amat bimbang sekiranya Pesuruhjaya Sukan mengambil tindakan terhadap FAM. Ini kerana impaknya amat besar kepada industri bola sepak negara sekiranya FAM digantung keahliannya bersama FIFA.
Segala aktiviti bola sepak baik diperingkat tertinggi dan akar umbi tidak mampu untuk dilaksanakan, apatah lagi diiktiraf. Sudah tentu ia akan merugikan semua pihak. Jadi kepada Pesuruhjaya Sukan dan FAM duduklah berbincang dimeja bulat supaya dapat menyelesaikan masalah yang berlaku itu dengan bijaksana.
Kepada orang-orang kuat FAM bangkitlah dari lamunan, ambillah pengajaran daripada apa yang berlaku itu sebagai titik permulaan kepada mereka untuk bergerak lebih efektif dan kreatif dalam membawa hala tuju bola sepak negara untuk terus gemilang.
Must-Watch Video