Piala AFF Suzuki 2016 kini berada di saingan kemuncak di mana pasukan pilihan Thailand yang juga juara bertahan berjaya menepati ramalan apabila sekali lagi menempah slot ke pentas perlawanan akhir.
Lawannya kali ini adalah pasukan Indonesia yang baru kembali dari penggantungan oleh FIFA.
Kejayaan Thailand ke pentas final sememangnya telah dijangka sebelum bermulanya kejohanan AFF lagi kerana selaku pasukan yang berada di tangga ke 129 ranking dunia, Thailand yang dibimbing lagenda mereka Kiatisuk Senamuang sudah berada setapak dihadapan semua pasukan yang bertanding di Piala AFF 2016.
Di peringkat separuh akhir, mereka berjaya membelasah pasukan yang menyingkirkan Malaysia, Myanmar dengan keputusan agregat 6-0. Bayangkan jika Malaysia yang beraksi di separuh akhir bertemu Thailand, mungkin malapetaka tewas 10-0 di tangan UAE bakal berulang ? Jadi syukurlah kita tewas awal di peringkat kumpulan.
Manakala bagi Sang Garuda, biarpun berada di tangga 179 ranking dunia, mereka berada di landasan tepat unutk mengembalikan keyakinan para pemain dan peminat terhadap bola sepak mereka apabila mara ke pentas final dan aksi di stadium Pakansari, Bogor nanti akan menjadi “reunion” besar-besaran para peminat yang akan berkumpul bersama setelah 2 tahun tanpa aksi kompetitif di peringkat antarabangsa.
Kita ? Hanya memilih untuk menjadi penonton sahaja aksi perlawanan akhir nanti. Dengan pasukan negara lain mula pergi jauh sedikit demi sedikit, Harimau Malaysia masih lagi berada di tempat yang sama, dan paling sedih, kita masih tidak mampu mencapai kata sepakat dalam menguruskan liga domestik dengan pelbagai isu berbangkit dari segi pengurusan. Pihak sana betul, pihak situ salah, ini tak kena, itu tak kena.
Nak main Liga Super pun bergaduh sana sini, bagaimanalah agaknya kalau tiba-tiba Malaysia layak ke Piala Dunia, perang besar agaknya.