Selepas pemain kita berkelana ke luar negara, kini jurulatih kita pula diangkat sebagai antara yang terbaik di dunia!
Itulah yang berlaku dalam arena futsal negara apabila jurulatih kebangsaan, Chiew Chun Yong disenarai sebagai salah seorang calon bagi Anugerah Jurulatih Terbaik Futsal Dunia yang juga dikenali sebagai Anugerah Dimitri Nicolaou oleh Futsal Planet untuk Anugerah Umbro Futsal 2017.
Ia meneruskan kesinambungan kebanggaan negara daripada sukan futsal selepas Khairul Effendy Bahrin muncul pemain pertama Malaysia beraksi di luar negara iaitu di Indonesia.
Selepas hampir sebulan bersama SKN Kebumen untuk persiapan menghadapi Liga Profesional Indonesia bagi musim 2018, Khairul Effendy yang mesra disapa Ayon kembali ke tanahair pada Sabtu.
Bekas pemain futsal Melaka United itu akan menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan, 2 Januari ini menjelang Kejohanan Futsal AFC di Taiwan, Februari depan.
Ketika Ayon cemerlang sebagai pemain, Chun Yong pula sebagai jurulatih menerusi pencalonan itu yang sememangnya memberikan penghormatan cukup besar dalam kariernya sepanjang menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan.
Apa tidaknya, ini kali pertama di Malaysia, jurulatih futsal diletakkan bersama calon-calon terkemuka dunia antaranya Alicia Morell Campillo dari Sepanyol, Diego Raul Giuztozzi dari Argentina dan Wilson Saboia dari Brazil.
Chun Yong antara dua jurulatih dari Asia Tenggara yang berada dalam pencalonan itu selain Htay Myint dari Myanmar.
Pemilihan pemenang akan dibuat oleh panel yang berpengalaman dalam sukan futsal dari seluruh dunia menerusi undian mulai 1 hingga 8 Januari, manakala pemenang akan diumumkan dua hari kemudian.
Perkembangan ini seharusnya menjadi pemangkin kepada jurulatih futsal tempatan untuk terus berjuang mengangkat sukan futsal di tanahair yang ketika ini tampak masih belum mendapat tempat oleh pihak tertentu termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM.
Penulis berasakan, sukan futsal mempunyai peminat yang ramai, namun tampak tidak diletakkan sebagai keutamaan oleh mereka. Jadi, diharapkan pencapaian Chun Yong dan Ayon betul-betul dapat membuka mata semua pihak agar sukan futsal terus tidak dianaktirikan kerana futsal juga yang mampu mengharumkan nama negara!