Skip to main content

Rencana

Fuh!!!! STL belum bermula tapi sudah kecoh

zulkifli-abd-razak-sobey.jpg
Penantian untuk penganjuran kejohanan sukan kini telah berakhir apabila Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah bersetuju membenarkan aktiviti sukan, rekreasi bersentuhan fizikal dibuka semula termasuklah penganjuran Liga Sepak Takraw (STL).

Malah, respons daripada Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, kepada Alice Harun menerusi temu bual di Nadi Arena Sabtu lalu turut menyatakan bahawa PSM sudah bersedia untuk penganjuran edisi 2020.

Kalau anda perasan, Datuk Seri atau lebih dikenali dengan 'Tok Mat' memaklumkan kemungkinan STL akan bermula pada 5 September dan akan dimulai saingan Liga Divisyen 1 dan diikuti Liga Premier.

 

Keputusan penuh STL Champions Cup 2019. JUARA: JOHOR TIGRIS NAIB JUARA: PENANG BLACK PANTHERS TEMPAT KETIGA: PERAK...

Posted by SepakTakraw League on Saturday, December 28, 2019


Saya percaya, seluruh peminat setia STL pastinya sudah tak sabar menantikan saingan liga kembali musim ini.

Di sebalik penantian bermulanya saingan liga, dah ada cerita panas membabitkan pemain iaitu membabitkan Zulkifli Abd Razak atau lebih dikenali “Sobey”.

Ini kerana wajah Sobey terpapar di laman media sosial rasmi pasukan Kelantan Warriors bersama presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) seolah-olah secara rasminya akan mewakili Kelantan Warriors musim ini.





Pendekkan cerita, ada kekeliruan berlaku mengenai status Sobey samada masih terikat bersama pasukan asalnya, Terengganu Turtles, atau pun bebas mewakili mana-mana pasukan.
Malah, berdasarkan maklum balas daripada pihak Terengganu menerusi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, kepada Nadi Arena semalam, Sobey masih terikat dan akan tetap mewakili Terengganu Turtles bagi saingan musim ini.

Namun, penulisan ini bukannya mahu membangkitkan isu perpindahan Sobey tetapi pandangan saya, di sebalik isu yang berlaku ini, ia membuktikan setiap pasukan kini lebih serius dan masing-masing mahukan yang terbaik mempersiapkan pasukan menuju saingan STL.

Saya tetap memuji pasukan Kelantan Warriors kerana tindakan pantas untuk menyenaraikan Sobey tetapi kekeliruan menyebabkan usaha ini gagal.

Apa-apa pun buat Kelantan Warriors, gomo tetap gomo.



 

Advertisement

Must Watch Video