Skip to main content

Rencana

FPL: Tips buat setiap pengurus fantasi!

fantasy.png
Ketika saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal membuka tirai esok, sebilangan besar pengurus fantasi sudah mula membuat aturan bagi menghadapi Liga Perdana Fantasi (FPL).

FPL adalah permainan buat setiap peminat saingan EPL -- diberikan sejumlah 100 juta (mata wang permainan) untuk membarisi skuad 15 pemain menghadapi 38 perlawanan. 

Ia merupakan permainan yang dikenali daripada pelbagai lapisan umur dan elemen "menjangka" pemain-pemain yang bakal memberikan impak dalam setiap perlawanan hingga membuatkan ramai yang "ketagih". 

Terdapat perkara asas yang sering dilupakan oleh pengurus fantasi ketika memulakan permainan ini.

Setiap pengurus fantasi akan diberikan dua ‘wildcard’, salah satunya bakal digunakan dalam separuh pertama musim bagi membuat rombakan dalam memilih pemain-pemain yang mampu menghadirkan mata buat pasukan (wildcard adalah tiket yang diberikan untuk melakukan perpindahan pemain tanpa had dan tidak akan ditolak mata). Pengurus FPL cenderung untuk memilih pasukan awal mereka seperti mereka memilih pemain untuk musim ini.

Perkara penting yang harus diingati oleh hampir 70-80 peratus pengurus akan menggunakan ‘wildcard’ dalam tempoh enam minggu yang pertama. 

Apabila anda memulakan musim, statistik daripada musim terdahulu merupakan satu-satunya bekalan untuk memilih pemain. Ia bukanlah maklumat yang boleh diguna pakai sepanjang musim kerana anda harus memantau prestasi daripada perlawanan ke perlawanan. 

Jadi, anda boleh menggunakan enam minggu pertama untuk memantau jadual permainan, mengenal pasti pemain yang memiliki aksi konsisten sebelum membuat pilihan jangka masa panjang.

Setelah beberapa perlawanan berlangsung, sudah tiba masa untuk menggunakan ‘wildcard’. Harus diingati, penggunaan ‘wildcard ‘tidak boleh dilengahkan jika perancangan yang telah ditetapkan tidak berhasil supaya terus ketinggalan dalam mengutip mata. 

Terdapat beberapa barisan aset atau pemain jangka masa pendek yang boleh digunakan pada permulaan musim.

Pertahanan: Lucas Digne/Seamus Coleman (Everton), Oleksandr Zinchenko (Man City), Issa Diop (West Ham), Kiko Femenia (Watford)

Tengah: Gylfi Sigurdsson/ Richarlison (Everton), Ryan Fraser (Bournemouth)

Penyerang: Callum Wilson (Bournemouth), Gerard Deulofue (Watford), Harry Kane (Spurs), Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)

Satu lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk bermula baik bagi FPL kali ini adalah mendapatkan keseimbangan dengan dengan pemain-pemain yang telah terbukti kemampuan mereka dalam saingan EPL. 

Untuk memastikan anda berada dalam kalangan yang tidak ketinggalan pada permulaan musim, langkah terbaik adalah mendaptatkan pemain-pemain yang berkualiti dan mampu meraih mata dalam setiap perlawanan.

Pertahanan: Trent Alexander Arnold, Andy Robertson, Lucas Digne

Tengah: Mohamed Salah, Raheem Sterling, Fraser, Kevin De Bruyne, Sigurdsson

Penyerang: Kane, Wilson, Joshua King, Aubameyang

Setiap pengurus mahu mendapatkan kelebihan pada permulaan musim dengan kutipan mata yang tinggi dan antara langkah yang kerap diterapkan adalah mengambil khidmat pemain-pemain baru. 

Namun, apabila membincangkan mengenai pemain baru, kita tidak memiliki sebarang idea bahawa mereka mampu menyesuaikan diri dengan liga serta pasukan baru. 

Langkah terbaik adalah menguji satu atau dua pemain baru dan lebih mengutamakan mereka yang sudah terbukti kebolehannya dalam saingan bola sepak Inggeris. 

Tiga tips yang harus dielak adalah:

Pemain-pemain pendatang baru EPL -- Kualiti saingan Liga Kejuaraan ternyata jauh berbeza jika dibandingkan dengan EPL dan tiada kepastian barisan pemain-pemain ini mampu beraksi cemerlang.

Pasukan dengan pengurus baru -- Newcastle merupakan salah satu contoh harus diberi perhatian, selepas kelab melepaskan khidmat Rafa Benitez, mereka mengambil khidmat Steve Bruce, yang kerap kali dipecat serta gagal menghasilkan strategi yang berhasil buat pasukannya, lantas kebarangkalian buat The Magpies untuk bermain dengan baik adalah sesuatu yang harus diberi penekanan.

Pemain yang ditandatangani daripada liga lain -- Pemain-pemain harus diberi perhatian kerana bukan mudah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan bola sepak Inggeris yang kekuatan fizikal dan permainan pantas menjadi keutamaan.

Memastikan setiap perkara ini menjadi garis panduan akan membantu anda dalam mendapatkan barisan pemain yang anda mahukan.

Semoga berjaya!

Advertisement

Must Watch Video