Skip to main content

Rencana

FPL: Sabar, baru satu perlawanan

fantasylaunch_editorial_964x643.png
Minggu pertama Liga Perdana Fantasi (FPL) telah berakhir. Gergasi utama saingan bola sepak Inggeris mula menampilkan taring sementara beberapa keputusan mengejut dan beberapa perkara yang harus dibincangkan.

Mohamed Salah, Harry Kane, Pierre-Emerick Aubameyang, Marcus Rashford, dan Raheem Sterling beraksi cemerlang minggu ini, tetapi harus diingatkan, mustahil untuk membariskan kesemua pemain ini dalam satu pasukan.

Walaupun hanya satu perlawanan berakhir, terdapat sebilangan pengurus fantasi sudah mula kecewa dan merungut atas pungutan mata yang diraih. Bagaimanapun, anda tidak seharusnya panic, malah tidak terlalu terdesak melakukan sebarang keputusan drastik.

Sebelum menghadapi perlawanan kedua yang bakal bermula malam ini, penulis menyenaraikan tips serta langkah yang harus dielak sebelum menghadapi perlawanan kedua.

Jangan panik dan elak daripada melakukan perpindahan pemotongan mata
Sebahagian besar pengurus yang kecewa dengan perlawanan pertama adalah mereka yang telah memiliki barisan pemain berkualiti dan mampu menghasilkan jaringan, namun pemain-pemain tersebut gagal menyerlah. 

Ketika Sterling, Kane, dan Rashford merupakan antara yang menjaringkan lebih daripada satu gol, terdapat beberapa pemain yang kerap dipilih gagal menyinar. Alisson, Andrew Robertson, Ryan Fraser, Raul Jimenez, Callum Wilson, Joshua King, Wilfried Zaha, dan Bernardo Silva merupakan antara pemain pilihan pengurus fantasi yang tidak cemerlang bagi aksi pertama.

Tidak cemerlang dalam satu perlawanan tidak bermakna mereka adalah pilihan yang salah. Tiada keperluan untuk anda melakukan rombakan hingga berlakunya pemotongan mata.

(Setiap minggu, satu perpindahan pemain tanpa pemotongan mata diberikan kepada pengurus fantasi, jika mereka melakukan pertukaran lebih daripada dua, pemotongan empat mata akan diberikan).

Jangan gunakan ‘wildcard’ lagi
Salah satu lagi kesilapan umum buat pengurus FPL yang bermula kurang baik dengan menggunakan wildcard. Setiap pengurus akan menempuhi minggu yang sukar dan anda terpaksa mengharunginya pada permulaan musim ketika masih kekurangan maklumat serta statistik pemain. 

Jika anda mahu menggunakan wildcard, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya dua minggu lagi sebelum anda dapat membaca rentak prestasi pemain.

Satu perlawanan tidak cukup untuk menilai persembahan pasukan anda. Sebagai contoh, anda mungkin tidak memandang kepada pemain-pemain Chelsea, Norwich dan Aston Villa menerusi keputusan perlawanan pertama tetapi ketiga-tiga pasukan mula menampakkan petanda yang positif, bakal menempuhi perlawanan yang menarik dan dijangka menyebelahi mereka selepas ini.

Pemain cedera dan tidak beraksi harus diberi perhatian
Selepas meraih pungutan mata yang tinggi dalam minggu pertama, pengurus fantasi harus melihat semula pasukan jika mahu kekal konsisten dan pemain yang mengalami kecederaan serta tidak berada dalam kesebelasan utama harus mula diberi perhatian. 

Jika anda memiliki Alisson (penjaga gol Liverpool) dan penjaga gol yang tidak beraksi, cadangan terbaik adalah memberikan keutamaan di bahagian ini.

Alisson dijangka bakal berehat selama empat hingga enam minggu dan semestinya anda tidak mahu meneruskan saingan dengan 10 pemain. Jadi, pemain penyerang yang anda idamkan harus diketepikan buat seketika manakala mendapatkan penjaga gol harus diberikan keutamaan.

De Gea, Pickford, Adrian, Heaton dan Pope antara calon untuk menggantikan penjaga gol The Reds itu.

Apabila membincangkan mengenai Bernardo Silva, menjualnya adalah satu langkah yang boleh diambil kerana Manchester City sangat terkenal dengan pertukaran kesebelasan utama. Dia mungkin turun beraksi dalam perlawanan kedua ini tetapi dia tidak mungkin akan kekal untuk aksi ketiga -- kelibat pemain seperti Riyad Mahrez dan Kevin De Bruyne yang cergas dilihat sebagai pilihan utama Pep Guardiola. 

Jangan bergantung kepada kesebelasan utama aksi pertama
Kejutan dapat disaksikan dalam minggu pertama, namun jangan bergantung dengan kesebelasan utama yang turun akan kembali untuk minggu kedua.

Kita dapat melihat pemain-pemain seperti Silva, Sergio Aguero, Leandro Trossard, Sadio Mane dan Zaha terlepas aksi minggu pertama. Ia merupakan antara strategi yang telah ditetapkan bagi setiap pasukan dan terdapat pemain yang masih belum cergas sepenuhnya.

Pengurus Brighton and Hove Albion, Graham Potter, menjelaskan selepas perlawanan mengapa Trossard terlepas aksi pertama.

"Trossard kurang bernasib baik kerana tidak beraksi. Kami memilih untuk menurunkan Pascal Gross atas dasar pengalamannya dan beraksi di tempat lawan," kata Potter.

Ini membuktikan terdapat peluang buat Trossard beraksi minggu ini -- jadi kepada pengurus fantasi yang lain, anda tidak boleh bergantung kepada kesebelasan yang diturunkan dalam aksi pertama.

Salah juga untuk menyaksikan pemain seperti Martin Kelly, Diego Rico dan John Lundstram, pertahanan yang bernilai 4.0 akan terus kekal dalam kesebelasan utama.

Perkara paling penting adalah memastikan keseimbangan pasukan dan tidak terlalu bergantung kepada pertahanan yang murah supaya dapat membeli penyerang yang berkualiti. Langkah terbaik adalah terus memantau perkembangan pemain dan membeli pemain-pemain yang berada di tahap terbaik untuk menghadirkan mata kepada pasukan anda. 

Salam perkenalan kepada 38 perlawanan sudahpun bermula, kepada pengurus fantasi yang kecewa bagi minggu ini, tidak perlu kecewa atau panik, 37 lagi perlawanan menanti anda semua.
 

Advertisement

Must Watch Video