Phil Foden antara pemain muda yang disenaraikan BBC Sports sebagai pilihan buat pengendali skuad kebangsaan England, Gareth Southgate memantapkan barisan yang akan menggalas cabaran ketika kejohanan Euro 2020 berlangsung pada musim panas 2021.
Sebelum Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) membuat keputusan untuk menunda Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan persetujuan yang diberikan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ke 2021 ekoran pandemik Covid-19, Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA) terlebih dahulu bertindak menunda Euro 2020 yang sepatutnya berlangsung pada Jun ini dan menetapkan tarikh baharu iaitu 11 Jun hingga 11 Julai 2021.
Ini memaksa 24 pasukan bersaing termasuk skuad The Three Lions bimbingan Southgate menukar perancangan mereka dengan tambahan 15 bulan, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa ketika ini, selain perlu membatalkan segala aksi persahabatan untuk menguji kekuatan masing-masing seperti England yang sepatutnya menentang Itali dan Denmark di Stadium Wembley.
Masa terluang dijangka memberi ruang yang cukup untuk Southgate menilik resume kesemua pemain kelahiran negara itu termasuk mereka yang berusia belasan tahun dan antaranya pemain tengah Manchester City yang digelar Stockport Iniesta.
Berusia 19 tahun, Foden sudah mula melakar beberapa sejarah peribadi selepas dinamakan pemain terbaik kejohanan ketika England memenangi Piala Dunia B17 pada 2017 dan kemudiannya kekal konsisten untuk menepati ramalan berkhidmat dalam pasukan B20.
Walaupun masih muda, Foden sudah memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa pada usia 18 tahun dan mungkin kerana itu, kematangannya cukup terserlah dan jarang sekali melepaskan peluang yang diterima seperti ketika dia kembali mengingatkan tentang kemampuannya dengan cemerlang membantu kelab itu menjulang Piala Kejuaraan apabila mengatasi Aston Villa 2-1 di Stadium Wembley.
Kejayaan itu pantas menjadi perbualan ramai dimana Foden dikatakan mampu menjadi pengganti kepada David Silva yang bakal meninggalkan The Citizens tidak lama lagi dan ini bermakna, Foden akan lebih kerap membarisi skuad utama Manchester City apabila saingan kembali bersambung nanti dan pada masa sama, penundaan Euro 2020 ini mampu memberikan dia lebih masa untuk menyelinap masuk ke dalam senarai pemain yang berpotensi untuk digunakan Southgate.
Antara ciri-ciri utama Foden yang dijangka bakal mencuri perhatian Southgate selain kematangannya adalah kebolehan semulajadinya untuk mengawal bola dan sentiasa tampil yakin - manakala lain-lain, bergantung kepada kemampuan Southgate atau pengendali Manchester City, Pep Guardiola untuk menggilap kemahiran Foden sebagai bintang bola sepak baharu.