RENCANA
Float Like a Butterfly, Sting like a Bee
Tahun 2016 merupakan tahun yang menyaksikan perginya beberapa orang legenda. Sangat menyedihkan. Mula-mula dunia muzik digemparkan dengan kematian David Bowie, selepas itu kita kehilangan Prince. Kemudiannya keluar pula berita sedih di mana legenda bolasepak, Johan Cruyff turut pergi buat selamanya.
Hari ini kita kehilangan Muhammad Ali, seorang lagi legenda sukan yang disayangi ramai.
Siapa tidak kenal dengan peninju hebat ini? Tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin - semua orang kenal dan kagum akan 'The Greatest' boxer of all time ini. Sebagai memperingati legasi Muhammad Ali, ini adalah senarai kata-kata yang pernah diucapkan beliau, yang boleh dijadikan insipirasi untuk kita semua.
Iklan
1. He who is not courageous enough to take risks will accomplish nothing in life.
Akan tiba masanya untuk setiap seorang daripada kita di muka bumi ini berhadapan dengan risiko. Risiko sudah begitu sinonim dengan kehidupan manusia dan sudah menjadi lumrah kehidupan. Jika tiada keberanian untuk mengambil risiko, amat payah untuk seseorang itu mencapai kemahuan mahupun objektif yang dikehendaki.
2. The man who has no imagination has no wings.
Di dalam mahupun luar dunia sukan, mungkin masih ada yang bermentaliti bahawa kekuatan fizikal adalah lebih penting daripada kekuatan mental. Kekuatan mental bukan sekadar mampu menghadapi tekanan, tetapi juga merujuk kepada ketinggian imaginasi. Imaginasi adalah amat penting bagi membantu seseorang melakukan tindakan ataupun sebelum seseorang membuat sebarang keputusan.
3. Silence is golden when you can't think of a good answer.
Adakalanya, kita membuat kesilapan dengan memberi jawapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, mungkin seseorang itu memberikan jawapan yang kurang tepat, ataupun memberi jawapan yang boleh diputar belitkan dan memudaratkan dirinya di masa hadapan. Sebab itulah kadang-kadang, berdiam diri adalah lebih baik. Watch what you say, or say nothing at all.
4. Float like a butterfly, sting like a bee.
Antara quote yang paling popular daripada Muhammad Ali - ada suatu ketika, hampir semua orang meletakkan quote ini di biografi ataupun profil mereka di laman media sosial! Tapi apa yang pasti adalah ayat ini masih relevan hingga kini. Apakah definisi sebenar ayat ini? Terpulang kepada individu. Saya ada terjemahan sendiri yang mungkin akan saya kongsikan di Twitter nanti!
5. I am the greatest, I said that even before I knew I was.
My favorite quote daripada Muhammad Ali. Ayat yang boleh membantu seseorang membina jati diri.... Tiada siapa yang mengenali diri kita sepertimana kita mengenali diri sendiri. Oleh itu, jangan pernah berputus asa, dan sentiasa percaya kepada diri anda!
Muhammad Ali, 1942-2016.
Al-Fatihah.
Must-Watch Video