Penyokong Atletico Madrid sebelumnya mungkin terkesan dengan perpindahan Antoine Griezmann ke Barcelona. Tapi perasaan itu mungkin tidak berpanjangan.
Sebagai menampung kekosongan itu, Los Rojiblancos mungkin mengambil keputusan besar dengan mendatangkan Joao Felix daripada Benfica pada nilai €126 juta (RM580 juta) – kelima tertinggi dalam pasaran perpindahan dunia.
Keseronokan awal ialah dapat mengatasi Manchester United dan City dalam perebutan mendapatkan tandatangan pemain berusia 19 tahun itu, namun pengurus Atleti, Diego Simeone, diyakini dia akan meraih lebih banyak kegembiraan daripada itu.

Tanda-tanda awal daripada Felix – menyumbat 20 gol daripada 43 penampilan musim lalu di samping mendapat panggilan sulung skuad kebangsaan – memberi bayangan bahawa pelaburan besar dengan ikatan kontrak tujuh tahun itu akan berbalas dengan setimpal.
Dilaporkan MARCA dari hari pertamanya lagi, Felix sudah menambat hati ramai di pasukan barunya dengan kemahiran menggelecek dan membuat bantuan jaringan di samping menyudahkan sendiri kesempatan yang datang.
Mungkin terlalu awal dan mendahului waktunya, namun Simeone tidak teragak-agak untuk memberikan kesimpulan bahawa anak muda itu adalah pemain yang mampu menghadirkan perbezaan – hingga ketiadaan Griezmann mungkin tidak pun dirasai.

Analisis pengurus itu didasarkan kepada apa yang dilihatnya ketika Atleti memperbudakkan musuh setempat, Real Madrid, 7-3 dalam perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) di New Jersey, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.
Selepas hanya tujuh minit, Felix menemui jaring hasil sepakan tonjol terhadap hantaran Saul Niguez bagi menewaskan Thibaut Courtois dan menawarkan bantuan buat gol keenam yang disudahkan Diego Costa selepas sejam permainan.
Lebih daripada sekadar satu gol dan satu bantuan jaringan itu, perasaan yang diterapkannya buat pasukan dikatakan bertaraf seorang pemain elit dan berkelas dunia.
Dirumuskan lagi bahawa anda hanya perlu melihat cara dia mengawal bola, gaya dia menggelecek melepasi pemain lawan, ketenangan dalam permainannya dan bagaimana dia meluangkan dirinya kepada rakan-rakan sepasukan.
Semua itu menjurus kepada kepercayaan bahawa Joao Felix memiliki sesuatu yang istimewa – dan dia tidak memerlukan 100 perlawanan elit untuk orang ramai diyakini bahawa dia akan menjadi seorang ‘superstar’.
Sudah pasti, segala-galanya masih terlalu awal dan masih ada kerja yang perlu dilakukan tetapi kelas yang dipertontonkannya setakat ini tetap memukau.
“Apabila anda memiliki bakat Joao Felix dan kesungguhan untuk meningkatkan permainan, anda boleh bermain di mana-mana,” kata Simeone seperti dipetik oleh MARCA.
Jersi berbelang Atletico dan nombor 7 yang ditinggalkan Griezmann ketika ini kelihatan amat secocok dengannya.