Skip to main content

Rencana

Federer & Venus masih berbisa!

federer-rtr-7592.jpg
Dalam laporan Nadi Arena edisi 14 dan 15 Julai lalu, ada saya kongsikan perkembangan menarik mengenai dua "living legend", Roger Federer dan Venus Williams. 

Dengan tumbangnya Venus ditangan Garbine Muguruza di aksi final Wimbledon pada Sabtu , ia masih belum memadam aura legenda yang mengiringi perjalanan pemain berusia 37 tahun dari Amerika Syarikat ini. Cuma, dia gagal atasi rekod berusia 109 tahun yang dipegang Charlotte Cooper Sterry dari Great Britain selaku pemain paling tua memenangi gelaran Wimbledon. Bagaimanapun, Venus masih memegang gelaran pemain wanita paling tua yang pernah melangkah ke pentas akhir Wimbledon.

Menyentuh mengenai atlit berusia, Roger Federer antara yang mencuri tumpuan musim ini. Kembali memegang kejuaraan dengan menawan Terbuka Australia Januari lalu, dia kini hanya selangkah untuk mengatasi pencapaian legenda yang membawa saya kepada sukan tenis, Pete Sampras.

Sejujurnya, Federer sendiri pastinya tiada jawapan spesifik mengenai soalan yang diajukan media selepas dia menewaskan Tomas Berdych di separuh akhir. Federer cuma mampu memberikan pembayang, jangka hayat kehadirannya di saingan tenis dunia hanya bergantung kepada tuntutan keluarga. Buat masa ini, Federer tahu keluarganya masih selesa dengan kerjayanya yang sering meninggalkan rumah.

Berbalik kepada misinya di Wimbledon, sebenarnya tiada apa yang perlu dibuktikan lagi Federer di mana kemenangan sememangnya lebih didambakan Marin Cilic. Cuma jika menang, Federer mungkin akan melengkapkan misi 20 Grand Slamnya tahun ini dengan tambahan kejuaraan di Terbuka Amerika Syarikat nanti. 

Semua sudah sedia maklum dengan kejuaraan ke-7 Federer yang diraih pada 2012 yang meletakkan dia sebaris dengan Sampras. Jadi, apa salahnya sambil mencari gelaran ke-19 Grand Slam, "comeback" selepas 5 tahun ini diindahkan dengan penamat sempurna iaitu kejuaraan ke-8 Wimbledon.

Advertisement

Must Watch Video