Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang jurulatih apabila berjaya mendapatkan seorang tonggak penting kembali memperkuatkan pasukan.
Kisah Fazila Sylvester Silin berjaya mendapat pelepasan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mungkin tidak sehebat berita sukan yang lain, namun sudah cukup bermakna buat Muhammad Dhaarma Raj Abdullah.
Saga untuk mendapatkan Fazila dari kem latihan JBPM di Kuala Kubu Baru sudah lama dimainkan oleh pihak media, tidak silap sebelum menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur lagi, namun tiada khabar berita dan senyap seketika.
Kali terakhir kesemua ahli pasukan dan Dhaarma sendiri berjumpa dengan Fazila adalah selepas tamat kempen Malaysia dalam Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium pada Julai lalu.
Penampilan pertama Fazila bersama skuad negara adalah 10 tahun lalu ketika Sukan SEA Korat 2007. Banyak yang telah dikecapi Fazila sejak itu, mengukir nama sebagai antara penjaring terunggul dalam skuad kebangsaan, buktinya dia pernah meledak 10 gol ketika Sukan SEA Myanmar yang menyaksikan Malaysia meraih emas.
Dia juga pernah berkelana ke Barcelona bersama rakan sepasukan, Siti Noor Amarina Ruhani, beraksi dalam divisyen satu Liga Hoki Wanita Sepanyol dengan kelab hoki Castelldefels dan melengkapkan pengembaraannya di bumi Andalusia itu dengan meledak 25 gol.
Biarpun menjangkau usia 31 tahun kini, pemain senior itu masih gagah. Dhaarma dalam pertemuannya bersama komandan bomba bagi mendapatkan pelepasan Fazila terkejut apabila mereka diberitahu Fazila mempunyai stamina yang tinggi dan cemerlang melalui kesemua tugasan dan latihan yang diberikan jika dibandingkan rakan sepelatih yang lain.
Satu perkara yang memberi kelegaan buat Dhaarma mengetahui Fazila tetap dalam keadaan yang baik meskipun sudah lama tidak memegang kayu hoki. Stamina dan kecergasan adalah dua perkara yang saling berkait dalam rutin harian seorang atlet.
"Saya lega apabila pegawai di sana memaklumkan situasi sebenar, kenapa dan mengapa mereka tidak dapat melepaskan Fazila sebelum ini. Sekarang dia bakal tamat kursus di Kuala Kubu Baru dan seterusnya mereka akan hantarnya untuk praktikal.
"Dalam tempoh itu, pihak bomba sedia beri pelepasan. Lega saya kerana sudah dua kejohanan penting (Sukan SEA dan Piala Asia) Fazila terlepas, kami amat memerlukannya untuk Gold Coast," kata Dhaarma.
Ada dua perkara yang saya boleh simpulkan dalam kisah mendapatkan Fazila kembali ke skuad kebangsaan.
Pertama yang menjurus ke arah positif, boleh kita saksikan komitmen yang ditampilkan seorang pemain yang sudah pun boleh dikatakan berusia, menjaga keadaan dirinya walaupun sudah lama tidak bersama dengan tugasan negara, dan menunjukkan kemahuan tinggi untuk berbakti untuk menyarung jersi Malaysia.
Kedua, mungkin boleh dikatakan negatif, iaitu pilihan pemain berkualiti yang ada dalam negara ketika ini begitu terhad sehinggakan Dhaarma terpaksa bermati-matian mendapatkan pemain seperti Fazila untuk menyarung jersi Malaysia.
Dia boleh sahaja melupakan Fazila setelah hampir tiada khabar berita selama empat bulan daripada pihak majikan dan dirinya, dan menggantikannya dengan pemain lain.
Mungkin ia sesuatu yang perlu diberi penekanan oleh pihak atasan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) untuk menumpukan kepada program hoki wanita Malaysia supaya jurulatih mempunyai pilihan lain jika tragedi sebegini berlaku lagi pada masa depan.