Lama saya tidak bertemu ratu trek negara, Fatehah Mustapa.
Dia jarang mendapat publisiti sejak terpaksa menamatkan program latihan di Melbourne, Australia atas persetujuan pengendali negara, John Beasley.
Pelbagai alasan diberikan tetapi apa yang pasti, Fatehah sudah tidak seperti dulu.
Banyak program latihan dan kejohanan tidak dapat disertai yang menyaksikan peluang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 hampir tertutup.
"Dia ada masalah," kata Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Abu Samah Wahab.
"Kami akan bawa aduan dan laporan Beasley ke Majlis Sukan Negara (MSN). Mereka akan putuskan kedudukan Fatehah," katanya.
Saya pernah duduk berbincang dengan Fatehah, tahun lalu.
Dia meluahkan rasa kecewa dengan beberapa pihak. Berpegang janji dengan Fatehah, saya tidak patut dedahkan perkara itu.
Tetapi saya terfikir, apabila seorang atlet hebat seperti Fatehah dilanda masalah - apakah jalan penyelesaiannya?
Adakah dia diberi bantuan pakar psikologi?
Adakah PKBM dan jurulatih duduk berbincang dengannya?
Apa laluan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi?
Sepanjang bergelar wartawan sukan, saya melihat atlit datang dan pergi. Cuma, adakah kita melayan mereka dengan betul selepas kudrat tidak diperlukan lagi?