Bukan mudah buat pengurusan setiap pasukan dalam saingan Liga Malaysia melakukan perubahan struktur ke arah pentadbiran dan pengurusan yang lebih profesional.
Namun, musim ini Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tampak melaksanakan pelbagai pembaharuan ke arah tersebut.
Pucuk pimpinan FAS yang diterajui Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, jelas begitu proaktif dengan menjalankan pelbagai kerjasama dan meraih tajaan beberapa syarikat korporat.
Ternyata Tengku Amir turut mendapat sokongam serta komitmen daripada exco FAS seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Shahril Mokhtar, Setiausaha Agung, Dr Johan Kamal Hamidon, Naib Presiden, Izhar Moslem, Datuk Rauf Ahmad, serta beberapa lagi exco persatuan itu yang terdiri daripada bekas pemain seperti Nazzab Hidzan dan K.Sambagamaran.
Pada pengamatan penulis, Tengku Amir mempunyai pasukan belakang tabir yang lengkap dalam melaksanakan perubahan demi kemajuan bola sepak negeri Selangor.

Dr Johan jelas seorang Setiausaha Agung yang memastikan sekretariat FAS diurus tadbir dengan baik, Izhar pula terbabit dengan pemasaran serta pelbagai usaha untuk menaja pendapatan persatuan itu.
Rauf, Nazzab dan Sanbagamaran sebagai bekas pemain, terbabit dengan Jawatankuasa Teknikal, Pertandingan serta Liga Pro FAS.
Malah Rauf juga adalah pengerusi jawatankuasa media FAS selain tugas utamanya selaku pengurus skuad utama Selangor.
Pengagihan tugas yang sesuai dalam kalangan exco FAS jelas membolehkan persatuan itu kini berfungsi dengan cukup berkesan berbanding sebelum ini.
Penulis difahamkan FAS sudah bersedia mengasingkan pentadbiran pasukan dan persatuan untuk menjadi kelab bola sepak profesional sepenuhnya.
Ia selaras dengan saranan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pentadbir Liga M, MFL, yang mahu setiap persatuan negeri menjadi kelab profesional sepenuhnya pada musim 2021.
Memang Selangor sekadar menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, namun penulis percaya mereka di landasan yang tepat untuk muncul pencabar kejuaraan dalam masa terdekat.

Terbaru, FAS sudah melakukan pengubahsuaian besar-besaran di padang latihan skuad utama Selangor di Padang SUK Shah Alam.
Padang SUK kini dikenali sebagai Selangor Training Center (Pusat Latihan Selangor) dan kemudahan yang ada mungkin masih belum menandingi kemudahan di pusat latihan Johor Darul Takzim (JDT) di Padang Seri Gelam yang canggih.
Namun, penulis percaya dalam sedikit masa lagi ia mampu untuk sekurang-kurangnya menyamai kemudahan di sana.

Selain berusaha memperbaiki pentadbiran sekretariat, kaedah pemasaran, menjana pendapatan dan skuad utama, FAS kini turut memberi tumpuan dengan pogram pembangunan akar umbi.
Baru-baru ini FAS turut mengumumkan West Port sebagai rakan kongsi untuk pogram pembangunan mereka.
Syabas dan tahniah penulis ucapkan kepada Tengku Amir dan barisan exco FAS pimpinannya kerana berjaya mengotakan perubahan yang dijanjikan sebelum ini.
Penulis turut optimis, FAS kini di landasan tepat untuk mengembalikan era kegemilangan bola sepak Selangor dalam kancah bola sepak tempatan dalam masa terdekat.