Isu mengenai dua pemain Indonesia yang menyertai pasukan Selangor dianggap selesai selepas kedua-dua pihak iaitu Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) melakukan pertemuan bagi membincangkan isu berbangkit.
Terdahulu, PSSI dikhabarkan keberatan untuk melepaskan kedua-dua pemain mereka selagi syarat yang ditetapkan tidak dipersetujui oleh FAS.
Apa yang menjadi keutamaan PSSI ialah keterbukaan FAS untuk melepaskan pemain mereka seandainya dipanggil untuk berkhidmat kepada skuad kebangsaan.
Ini adalah kerana Evan Dimas dan Ilham Udin adalah tonggak utama skuad Indonesia bagi menghadapi Sukan Asia 2018 nanti.
Laporan media Indonesia turut menyatakan Pihak PSSI pada awalnya membidas keputusan dua pemain mereka yang dilabel tidak patriotik serta mata duitan.
Namun selepas pertemuan dengan FAS, segalanya telah dipersetujui dan keputusan ‘win win situation’ berjaya diraih.
Ini tentunya melegakan pengendali Selangor , P. Maniam yang pada awalnya gusar kerana ketiadaan dua pemain Indonesia itu pada sesi latihan pasukan Selangor.
Evan Dimas yang berusia 22 tahun merupakan pemain pasukan Bhayangkara yang juga kini beraksi bersama pasukan senior Indonesia. Begitu juga dengan Ilham Udin yang turut beraksi buat pasukan kebangsaan Indonesia.
Selangor dilihat melakukan keputusan tepat dengan menandatangani pemain tengah yang pastinya akan membantu menggerakkan kelancaran aksi di atas padang.
Ini kerana The Red Giants banyak mengetengahkan pemain-pemain muda dari skuad Piala Presiden dan hanya mengekalkan segelintir pemain lama untuk musim 2018.
Diharapkan, segala kemelut yang melanda kedua-dua persatuan sukan ini berakhir dan kerjasama antara dua badan berlainan negara ini mampu dicontohi pasukan lain agar mampu meningkatkan kualiti bola sepak di Malaysia, Asia Tenggara dan juga antarabangsa.