Isu penyertaan PKNS FC dalam saingan Liga M 2017 akhirnya terlerai, apabila Jawatankuasa Perundangan dan Peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bersidang pada 16 Disember lalu, memutuskan kelab itu tidak memerlukan sokongan daripada mana-mana ahli gabungan untuk beraksi di Liga M.
Ia berikutan perjanjian yang ditandatangani kesemua pasukan dalam saingan Liga Super dan Perdana pada 2015 bersama Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang membolehkan setiap pasukan menjadi rakan kongsi badan pentadbir Liga M itu.
Perjanjian itu berkuatkuasa daripada musim 2017 dan ia bererti, Peraturan Pertandingan 4.1.3(I) yang mewajibkan setiap kelab mendapatkan sokongan ahli gabungan negeri untuk penyertaan di Liga M, tidak lagi digunakan.
"Sebuah kelab hanya memerlukan sokongan ahli gabungan negeri, jika kelab itu jatuh dari saingan Liga Perdana ke Liga FAM, " kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.
Kenyataan dan pengesahan Afandi itu jelas menimbulkan persoalan, mengapa FAM dan FMLLP mengambil masa lama untuk menjelaskan status PKNS sehingga kelab itu terpaksa bernaung di bawah Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor, (PBSMS) untuk memastikan penyertaan di Liga M musim depan.
Pada 25 November lalu, penulis mendedahkan tindakan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang enggan memberikan sokongan kepda PKNS untuk penyertaan di Liga M dalam laporan di Nadi Arena.
Difahamkan pihak pengurusan PKNS sebenarnya sudah mengkaji dengan mendalam perjanjian yang ditandatangani dengan FMLLP pada 2015 tetapi tetap memilih bernaung di bawah PBSMS sebagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan penyertaan di Liga M tidak terjejas.
FAM dan FMLLP sebenarnya boleh meleraikan isu ini lebih cepat tetapi mengambil masa hampir sebulan untuk akhirnya memberi pengesahan terhadap penyertaan PKNS.
Di kalangan pemerhati bola sepak, isu ini pasti berkait dengan kemelut dalaman yang melanda FAS ketika ini dan FAS mengambil tindakan tidak menyokong penyertaan PKNS, tidak lama selepas pengurus Selangor musim lalu, Amirudin Shari mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan penggabungan skuad PKNS dan Selangor sebagai satu pasukan di Liga M.
Ia tampak seakan tindakan terdesak sesetengah pegawai FAS yang kemungkinan risau jika cadangan Amiruddin itu menjadi kenyataan kerana pengurusan PKNS kemungkinan diberi kepercayaan mengendali pasukan gabungan Selangor-PKNS.
Penulis difahamkan, FAM tidak meleraikan isu ini segera kerana menjangkakan FAS dan PKNS mampu menyelesaikan isu ini dengan baik tetapi ia tidak berlaku.
Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam sudah pasti sedia maklum dengan perjanjian yang ditandatangani dengan semua pasukan Liga Super dan Perdana pada 2015 namun tetap tampak teragak-agak dalam memberi pengesahan terhadap status PKNS sebelum ini.
Penulis berharap tiada lagi isu seumpama ini timbul selepas ini yang hanya merencatkan kancah bola sepak tempatan dalam usaha menuju ke arah penswastaan pasukan sepenuhnya pada 2018.